Followers

Chelsea


kerana jelingan

(suatu hari...ali ngan bapak dia g la jalan22 kt pekan n lalu la tepi kdai mainan..ali pun benti la tgk b-daman..(bdk2 la katakan)..dia pn men ambik ja...dia nk tnjk kt bapak dia srh beli...sekali bapak dia jeling...dia taw dah..jelingnya bermaksud LETAK BALIK DI TEMPAT ASAL!!!!!!
dia pun jalan g ngan bapak dia..pas tu bapak dia benti satu kedai nk beli paper...waktu bapak dia dok belek2 paper..dia ternampak aiskrim...mmg terliur abis!!!dia pn ambik lg tnpa berfikir..waktu bapak dia nk byr paper ali pn nk letak aiskrim tu...sekali lg bapak dia jeling...dia pun simpan blk.

jalan pnya jalan azan solat jumaat pn bergema...dia ngn bapak dia g la masjid..waktu solat nie dia ngan bapak dia dok la saf dpn...di sbbkan ali nie xpandai g slt dia keje ikot ja...tiba22 dia nampak kain imam tersepit kt buntut..jadi dia pn tolong la tarik..tapi ntah bapak dia xkhusyuk kut...sekali bapak dia jeling pa g....dia jolok balik kain imam tu!!!!peeeehhhhhhh
bygkan tersungkur imam tu...yg kat belakang pa g tergelak cmua tgk ali jolok buntut imam tu...
tamat.....

LIRIK LAGU KERAMAT PASUKAN BOLA SEPAK KEDAH


Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri
Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah,
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Kedah,
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah
Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

maki bank

pada suatu hari aiman pergi berjalan2 di bandar.semasa sedang berjalan2 dia ternampak isterinya{diana}sedang merungut seorang diri di depan sebuah bank.so aiman ni pun pg la kat isterinya...

aiman:hai isteriku,mengapa awak merungut ini?

diana:pasal pekerja kat bank ni ha!diorang memang kerek!!

aiman:kerek??asal lak??

diana:tadi saya nak bawa keluar duit,tapi pekerja bank ni buat banyak songeh lak!germ betul!!lepas itu diorang halau saya keluar lak!

aiman:ishh!takleh jadi nih!kesian isteri abang!takpe2 biar abang sound dia cukup2!!

diana:ha bagus.biar diorang rasa!
selepas itu aiman dan isteri nya pun pgla kat pekeja bank tadi dan aiman pun memarahinya.

aiman:woi!!pekeja tak guna!!asal ko tak bagi isteri aku ambik duit ha??!!!nak kena belasah ka!!nanti aku saman kang!!

PB:sabar encik sabar...

aiman:apa sabar??!!!aku dahla tgh hangin nih,ko suruh aku sabar plak??!!

PB:masalahnya skg ni encik.duit yang isteri encik tu nak keluarkan adalah dari akaun orang lain.takan la saya nak bagi kut?!!encik ni ingat saya ni beruk ke??!!

aiman:{berpaling kepada isterinya}ko kan.......memang sial!!!!!!

diana:aa??

fakta lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan �.Italy�., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

CIKGU..wiSH mE LUCK

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Kata Ustaz

Kata ustat
Kita ini semuanya sama
Tiada beza yang tua mahupun yang muda
Jangan menyombong atau takbur
Sesama manusia
Sekalipun kita berpangkat atau berilmu
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…

Kata ustat
Jangan kita hina orang yang lemah
Yang kurang berada
Mahupun yang kurang paras rupa
Tiada beza yang mengerjakan sawah
Mahupun yang membina perumahan mewah
Kerana disisi Allah
Kita semuanya sama…

Kata ustat lagi
Jangan kita hina
Budak kecil yang comot lagi berhingus
Kerana dia tiada dosa
Sedangkan kita
Setiap waktu dan ketika
Memenuhi hati kita
Dengan titik-titik noda
Dalam tidur, dalam jaga…

Akhirnya ustat berpesan,
Ingatlah!
Kita manusia semuanya adalah sama
Yang membezakan kita
Hanyalah AMAL dan TAQWA
Biarlah kita kurang dimata manusia
Tetapi tinggi disisi ALLAH…

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya…