Followers

Kenali 10 Sahabat Yang Dijamin Syurga

Gambar ini tiada kena mengena dgn Post 







Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.

Tutorial Cantikan Header Timeline Facebook



Dengan pengenalan Facebook Timeline yang baru, salah satu perkara yang menjadi dilema setiap pengguna adalah membuat pilihan gambar untuk halaman profil mereka. Walaupun terdapat beberapa pilihan gambar, seperti daripada FookCoverdan lain-lain, kini salah satu perkhidmatan baru turut sama memudahkan proses tersebut, iaitu CoverCanvas.

Senarai hasil kutipan filem-filem tahun 2011.

hehe..xda kene mengena dgn tajuk...


Berikut ialah senarai hasil kutipan filem-filem yg ditayangkan sepanjang tahun 2011.

Rahsia Piramid Terjawab?


Misteri Binaan Piramid Terjawab
Sekian lama para saintis kehairanan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Dua Planet Baru Yang Mempunyai sama Saiz Dengan Bumi

Saintis Temui 2 Planet Baru Bersaiz Bumi
NEW YORK – Saintis menemui dua planet bersaiz bumi yang yang berada di orbit bintang di luar sistem solar, sekali gus petanda positif dalam misi penerokaan mencari planet baru yang boleh didiami manusia selain bumi.
Penemuan itu menunjukkan planet seperti itu wujud dan ia boleh dikesan, kata saintis, Francois Fressin dari Pusat Kajian Astrofizik Harvard-Smithsonian.

Mykad Berwajah Baru


Mykad baru 2012 akan dikeluarkan oleh pihak JPN mulai 3 Januari 2012.Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat. Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini. orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA


JUSTIN BIEBER duduk di barisan depan penonton semasa dia menyaksikan perlawanan bola keranjang di Pusat Udara Kanada, Toronto pada Rabu lalu.




TORONTO, Kanada - Penyanyi remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.
Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.

Fenomena hiburan,Aaron Aziz





Karisma Aaron Aziz - WANITA mana yang tidak penasaran dengan aura aktor kacak, Aaron Aziz, sementelah watak romantis yang dimainkan dalam drama rantaian Nora Elena sebagai Seth Tan ini telah melonjakkan namanya dengan cukup tinggi sebagai aktor yang wajib diberi perhatian pada tahun ini dan 2012.

Imej PSM tercalar




PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu.
Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba ‘bermain kotor’.

Penari tiang kian terdesak

ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.

KUALA LUMPUR - Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.

Maharaja Lawak Mega Dah Berakhir + Video




Assalammualaikum dan salam chenta...Pentas Maharaja Lawak Mega telah pun melabuhkan tirainya pada malam tadi...selama pertandingan ini berlangsung..byk lawak baru yg dpt kita tonton..dan tidak kurang kontroversi nya juga....pada pertandingan akhir malam tadi... OSBON  (Mr Os dan Abon) telah dinobatkan sebagai Juara sekaligus membawa pulang hadiah utama RM350 000 dan trofi.Naib juara iaitu BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik),mereka merupakan pesaing terdekat dgn Osbon.kE-3 ialah kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dari Indonesia manakala di tempat Ke-4 SYOK (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin) dari Singapura..So,taniah diucapkan kepada Semua Peserta,dan teoskan usaha murni anda dalam mewarna-warnikan negara kita dgn lawak anda semua.


Jom layan Video pertandingan malam tadi.thanx kpda spa yg upload video n di yuutube

9 Tips Ketahui Lelaki Masih Teruna Atau Tidak



Mari baca rahsia untuk mengetahui atau mengesan sama ada seseorang lelaki itu masih teruna ataupun tidak. Harap rahsia ni dapat dikongsikan bersama untuk pengetahuan umum kepada wanita diluar sana.

Rahsia Ketahui Lelaki Masih Teruna Atau Tidak

Cara Afrika Tipu 1 Billion Duit Dari Malaysia

Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.



Berbasikal Rompak RM120,000 Di Klang


Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah melarikan pelbagai mata wang asing bernilai RM120,000 dalam kejadian samun di sebuah premis pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku jam 10.30 pagi ketika hanya seorang pekerja di dalam premis.


Difahamkan, kedai berkenaan tidak dilengkapkan kamera litar tertutup (CCTV).

Bapa rantai dua anak dalam tandas

 

BUTTERWORTH: Dua beradik diperlakukan seperti haiwan oleh bapa sendiri yang tergamak mengikat kaki mereka dengan rantai besi, mengurung mereka dalam tandas selama lebih lima jam dan membiarkan mereka kelaparan. 

Dalam kejadian di rumah mereka di Taman Mawar, Raja Uda, di sini, semalam, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an mengikat kaki kiri anak perempuannya berusia enam tahun serta anak lelakinya berusia dua tahun ketika hendak keluar bekerja kira-kira jam 3 petang.

Beruang panda gergasi makan haiwan antelop



PINGWU, China - Sebuah kamera infra merah berjaya merakamkan gambar seekor haiwan panda gergasi makan seekor antelop yang mati di sebuah hutan di sini.
Menurut laporan media, kamera itu dipasang di dalam hutan tersebut sebagai usaha untuk mengira bilangan panda. - AFP



Antelop tu mcm rusa la...

p/s:setahu aku panda ni herbivor....bahaya la cm ni



Hotel ais jadi tumpuan di Romania



SEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.


BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.
Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.
Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.
Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.
Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi-KOSMO

Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS


TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi.




KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

MPAJ tak sedar wujud tarian tiang




KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

FAM bersikap ‘gentleman’


Azzuddin (kiri) dan Hamidi berharap para peminat Harimau Muda tidak bimbang mengenai jadual perlawanan skuad negara dalam saigan Liga-S tahun depan.




MESKIPUN Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) masih belum mengemukakan sebarang maklumat rasmi berhubung saingan Liga Singapura (Liga-S) termasuk jadual dan gelanggang rasmi skuad Harimau Muda, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap bersikap ’gentleman’.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, masih terlalu awal untuk mendesak FAS supaya segera mengeluarkan jadual dan gelanggang rasmi buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu kerana saingan hanya bermula 9 Februari tahun depan.
Menurut beliau, pihaknya sentiasa menghormati etika kerja FAS berhubung perkara itu dan yakin ia dapat dikendalikan dengan cukup profesional.
“Kurang manis jika kita terus mendesak FAS. Kami hormati kerja mereka dan yakin ia akan dapat dikendalikan dengan baik.
“Begitupun, sekiranya FAS masih bersikap ‘membisu’ ketika saingan Liga-S bakal bermula, barulah kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tuah Tom Cruise




KEJAYAAN yang dimiliki aktor terkenal Hollywood Tom Cruise hari ini bukan datang dengan mudah meskipun aktor kelahiran Syracuse, New York itu memiliki wajah yang tampan. Ibu bapanya bercerai ketika dia berusia 11 tahun dan kehidupan berpindah-randah memaksanya bersekolah di 15 buah sekolah. Sekolah terakhirnya adalah Glen Ridge High School, New Jersey.
Dibuli merupakan perkara biasa ketika zaman persekolahannya, tambahan dia mempunyai masalah disleksia iaitu gangguan dalam pembelajaran iaitu sukar membaca dan menulis. Justeru, Cruise bukanlah pelajar yang cemerlang ketika zaman persekolahannya, dia mengalih tumpuan kepada aktiviti sukan dan kecederaan lutut yang dialaminya ketika bergusti, membuat dia secara tidak sengaja terjun ke dunia lakonan.

Yeaahhh..kita ada 100 follower


Assalammualaikum dan salam chenta ...akhirnya...folower aku smpai 100 jgak...bg korang mungkin biasa..but bg aku....it satu yg meaningful...why???yela..ada jgak org yg nk follow blog kita ni...haha...bkn nye cntik pon...cma skrg dlm usaha untuk meningkatkan trafic jer..so..rkan2..tlg la promote blog kia ni ye.....heheh...

Serangga Mirip Alien Ditemui


Foto-Foto Laptop Canggih Masa Depan

Top Ten Korean Drama 2011



Top 10 drama 2011..


1. KBS, ‘Smile, Donghae’ – 36.4%
2. SBS, ‘Secret Garden’ – 26.5%
3. KBS, ‘Ojakgyo Brothers’ – 25.5%
4. KBS, ‘Believe In Love’ – 22.8%
5. KBS, ‘Women of Our Home’ – 21.5%
6. KBS, ‘Only You’ – 19.9%
7. KBS, ‘Happy Sunday’ – 18.4%
8. KBS, ‘Princess’ Man’ – 17.3%
9. SBS, ‘Deep-Rooted Tree’ – 17.1%
10. KBS, ‘King Gwanggaeto the Great’ – 16.7%

Inilah Reaksi Erra Pada Yusri Yang Kahwin Lagi


Rahsia Kod Pada Botol Plastik dan Bahaya


Benarkah botol plastik bahaya digunakan lebih daripada sekali?

Pendahuluan

Adakah anda pernah meminum air dari botol plastik dan melihat simbol segitiga di bahagian bawah dengan lebih terperinci? Adakah anda tahu apa gunanya nombor yang tercatat padanya? Adakah anda rasa bahawa ia hanya untuk kitar semula? Jika anda menjawab ya, ia menandakan anda adalah SALAH! Sebenarnya kegunaan bilangan nombor tersebut adalah sebagai satu indikator kepada kita dalam memberitahu BAHAN KIMIA apakah yang digunakan dalam menghasilkan botol plastik tersebut. Kod nombor pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).

Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US. Dan seterusnya kod-kod ini digunapakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Resin Identification Symbol System (SPI)

Untuk memudahkan dokumentasi sampah yang betul terhadap jenis-jenis plastik botol dan bekas yang biasa dijumpai dalam longkang dan parit di sekitar kediaman untuk tujuan kitar semula, Sistem Simbol Pengenalan Resin SPI, juga dikenali sebagai bahan bekas sistem pengekodan telah dicipta oleh Persatuan Industri Plastik atau Society of the Plastics Industry (SPI) pada tahun 1988. Pada masa itu, majoriti besar bungkusan plastik dibuat dengan salah satu daripada enam bahan berikut :Polyethylene Terephthalate (PET atau PETE), High density uretana (HDPE), Vinyl (Polyvinyl Chloride atau PVC), Polyethylene berketumpatan rendah (LDPE), Polypropylene ( PP), atau polistirena (PS). (Sila rujuk gambarajah di bawah)

8 Filem Bakal Meletupkan Pawagam 2012

Filem calon box office 2012
Beberapa film yang ditunggu-tunggu pada 2012.

THE AMAZING SPIDERMAN 
Filem ini digantikan dengan hero baru Andrew Garfield.Banyak perubahan dilakukan agar lebih menarik dari trilogy terdahulu.Release 4 Julai 2012.

Setiap Warna Cerminkan Sikap Manusia



Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna utama: merah, hijau, kuning dan biru. Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti. Berikut adalah beberapa contoh warna yang dikaitkan dari sudut psikologi:


Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.


Merah Terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.


Merah Jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.


Biru Tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


Biru Muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.


Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.


Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Bayi Ellie Suriati Keguguran Di Lokasi Filem Penanggal


Bayi berusia 5 bulan yang dikandung oleh pengarah filem Penanggal iaitu Ellie Suriati keguguran tengahari tadi. Kejadian tersebut berlaku sewaktu Ellie sedang menyiapkan filem Penanggal, filem pertama arahan beliau di Kuala Kangsar. Jenazah bayi tersebut dijangka akan dikebumikan malam ini.

Wartawan Sinar Harian Rakam Gambar Hantu



Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Bipasha berazam belajar cara berbohong


BIPASHA BASU (kanan) dan Sonam Kapoor bergambar di depan poster filem Players di Bangalore pada Selasa lalu.

MUMBAI - Aktres filem Bollywood, Bipasha Basu kelmarin menyatakan dia mahu mempelajar seni berbohong sebagai azam Tahun Baharu 2012.
Menurutnya, dia mahu berbohong bagi membantunya keluar daripada situasi yang sukarnya untuk menjawab pertanyaan para wartawan.
Dia membuat kenyataan itu semasa menghadiri sidang media berhubung filem lakonannya yang akan ditayangkan berjudul Players baru-baru ini.
Filem itu diarahkan oleh Abbas dan Mustan Burmawalla dan ia dihasilkan berdasarkan filem The Italian Jobs keluaran Hollywood yang ditayangkan pada 2003.
Players turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Bobby Deol, Sonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh dan Sikander Kher.

Siswazah Indonesia ke tali gantung



MAGGIE dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar, Kedah semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

ALOR SETAR – Seorang siswazah sebuah universiti dari Indonesia menangis teresak-esak apabila dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar sebanyak 841.63 gram dadah di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam dekat sini pada tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu ke atas Maggie Taissya Olyvia, 27, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh rakyat Indonesia itu.

Suspek kes samun, bakar rumah diberkas


TUN HISAN (kiri) menunjukkan pedang hiasan yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Polis menahan 21 lelaki berhubung kejadian samun dan bakar di sekitar Kajang sejak beberapa bulan lalu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di daerah tersebut.
Kesemua suspek ditahan secara berasingan selepas polis menerima 13 laporan mengenai kejadian samun dan bakar di kawasan Kajang, Semenyih dan Beranang sejak 28 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pada Isnin lalu, pihaknya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 34 tahun dipercayai terlibat dalam kes sama.

Tarian tiang unsur seks


KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.



AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.
Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki