Followers

Tevez buat penyokong Liverpool merana


LONDON – Carlos Tevez menyumbat dua gol pada babak kedua perlawanan bola sepak Liga Perdana England, semalam untuk membantu Manchester City mengecewakan Liverpool 3-0 di Eastlands.

Perlawanan itu turut disaksikan oleh pemilik City, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan yang menerima tepukan gemuruh penyokong City.

Pemain England, James Milner memulakan aksi pertamanya dengan cemerlang, menjadi perancang kepada gol pertama City apabila mengumpan bola kepada bekas pemain Aston Villa, Gareth Barry untuk gol pertama tuan rumah.

Tevez menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-52, melalui percubaan dari sudut sukar selepas menerima hantaran tandukan Miach Richards.

Gol ketiga City muncul melalui sepakan penalti pada minit ke-68 selepas Adam Johnson dijatuhkan oleh pertahanan Liverpool, Martin Skrtel dan Tevez tenang melakukan penyudah.

City yang telah berbelanja besar kira-kira 100 juta pound (RM 484.110 juta) untuk membeli pemain baru, kini berada di tangga keempat selepas mengalahkan Liverpool buat pertama kali sejak tahun 2005.

Dalam pada itu, juara bertahan, Chelsea membelasah Wigan 6-0, meraih enam mata penuh daripada dua perlawanan manakala Arsenal di tangga kedua selepas membenam Blackpool dengan jaringan yang sama.

Semalam, Liverpool turun tanpa pemain Argentina, Javier Mascherano yang dikaitkan perpindahan ke Barcelona dan Joe Cole yang digantung perlawanan,

Namun, Fernando Torres diturunkan buat pertama kali dalam musim ini. – Reuters

Sumber Utusan Malaysia Online


>Manchester City adalah sebuah kelab bola sepak yang membelanjakkan 100 juta pound (RM 484.110 juta) untuk membeli permain-permain dari kelab lain.Namun mereka tidak pernah menjuari piala liga perdana inggeris,namujn ,mungkin musim kali ini mereka akan lebih menonojol dan bersemangat untuk memberi saingan besar kepada kelab lain

IKLAN PETRONAS 2010

ulang tahun kemerdekaan kembali lagi tahun ini dan seperti biasa Petronas akan menghasilkan sebuah iklan yg memberi kesan yg mendalam kepada penonton!!!!!
iklan tahun ini tidak kurang hebatnya
saksikan!!!!!!


Man. United sekadar seri di Craven Cottage

LONDON - Brede Hangeland berjaya menebus kesilapannya dengan memadamkan jaringan sendiri selepas menanduk masuk gol penyamaan buat Fulham untuk mengikat Manchester United 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Craven Cottage semalam.

Hangeland berjaya menukar skrip perlawanan dalam tempoh enam minit apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84 dan berjaya menyelamatkan Fulham daripada mencatat kekalahan di tempat sendiri hasil tandukan gol seminit sebelum perlawanan tamat.

United tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila Paul Scholes melakukan rembatan jarak jauh pada minit ke-11 menewaskan penjaga gol Fulham, David Stockdale selepas menerima hantaran pendek daripada Dimitar Berbatov.

Berbatov hampir menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-21 apabila melepaskan rembatan kencang di dalam petak penalti selepas menerima hantaran Antonio Valencia namun Stockdale lebih bersedia untuk menepis bola keluar.

Penyerang United itu juga mempunyai dua lagi peluang pada minit ke-28 dan 29 namun gagal menemui sasaran, tatkala Edwin van der Sar beraksi cemerlang dengan menyelamatkan dua kali percubaan Dickson Etuhu di minit ke-31.

Aksi separuh masa pertama berakhir dengan United kekal mendahului Fulham 1-0, namun pasukan bimbingan Mark Hughes itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 melalui Simon Davies hasil gerakan menarik Damien Duff.

Tersentak dengan jaringan tersebut United berusaha untuk kembali di depan dan Berbatov memperoleh peluang terbaik pada minit ke-68 bagaimanapun rembatannya sekali lagi berjaya dihalang oleh Stockdale.

Kedudukan berubah pada minit ke-84 apabila sepakan sudut yang diambil Ryan Giggs cuba ditanduk ke belakang oleh pertahanan Fulham, Aaron Hughes namun rakan sepasukannya, Hangeland tertolak bola ke gawang sendiri.

Selang dua minit United sekali lagi memperoleh peluang untuk menambah jaringan selepas pengadil, Peter Walton menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena Duff di dalam petak penalti, namun sepakan yang diambil Nani berjaya ditepis Stockdale.

Seminit sebelum perlawanan tamat Hangeland berjaya menebus kembali kesilapannya apabila menjaringkan gol penyamaan buat Fulham apabila menanduk masuk sepakan sudut Duff.

Sementara itu Newcastle United berkenduri gol selepas membelasah Aston Villa 6-0 di gelanggang sendiri, untuk mencatat kemenangan pertama selepas kembali beraksi di EPL musim ini.

Bagaimanapun Villa melepaskan peluang terbaik mereka seawal minit kesembilan selepas Ashley Young dijatuhkan penjaga gol Newcastle United, Steve Harper di dalam petak penalti namun John Carew yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya.

Sebaliknya Joey Barton meletakkan Newcastle di depan hasil rembatan deras pada jarak 23 meter pada minit ke-12 sebelum gol kedua dan ketiga muncul dalam tempoh empat minit melalui Kevin Nolan (minit ke-31) dan Andrew Carroll (minit ke-34).

Carroll melengkapkan hatrik pada minit dengan dua jaringan pada separuh masa kedua (minit ke-67 dan masa kecederaan) manakala Nolan menambah gol kedua peribadi tiga minit sebelum perlawanan tamat. - Ap

sumber utusan malysia online

Bulan didapati semakin kecut


Pengkaji bintang temui kedutan di permukaan

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Rekahan-rekahan pada permukaan bulan menunjukkan ia semakin mengecil, lapor sebuah akhbar semalam.Saintis-saintis percaya bulan akan mengecil apabila keraknya menjadi semakin sejuk seperti sebuah belon yang kehilangan udara.

Penemuan tersebut dilaporkan selepas sebuah kapal angkasa Peninjau Pengorbit Bulan (LRO) merakamkan banyak garisan ganjil yang membentuk rekahan di tanah tinggi bulan.Pakar-pakar percaya rekahan itu terhasil kerana kerak menjadi rapuh ekoran bulan yang kian mengecil.

Mereka juga percaya bahawa rekahan-rekahan tersebut masih baru.Menurut saintis, bulan telah mengecil sebanyak 100 meter sejak 800 juta tahun lalu.





Chelsea terus cemerlang

2010/08/22

WIGAN: Dua gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.

Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan

West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu.

Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.

Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka.

Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir. - AFP

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


>aku rasa musim kali nie chelsea agak sukar untuk mengekalkan kejuaraan musim lalu dengan ketiadaan ramai permain...ramalan ini jugak terbukti apabila chelsea kalah 1-3 dengan musuh tradisi (machester united) dalam merebut piala komuniti
ape2 pon aku tetap sokong skuad biru ini....

Soffi-Perkenalan

Aku sje test2 wat lagu nie...
klu xsdap jgn mrah n jgn kutuk..
aku wat suka2 je...k

Setelah Sekian Lama


Update jgak blog aku setelah sekian lama...
sblom nie bkan xnak update cuma dh malas nk bkak..
tp bila teringat balik...rasa mcm xbest plak...
lagi pon rmai jgak kwn2 aku yg ada blog so...
aku pon kna lah jd pesaing diorang...
ape2 pon hri ni aku update skit je...aku msok kan dua trailer
filem yg aku jangka akan pecah panggung iaitu step up 3d dan expendable...ok lah aku dh xlrat nie..
maklumlah org berpuasa...kt sni aku selitkan gmbar aku dgn kwan2 aku kt lake garden taiping...
ada byk lgi gmbar tp yg nie yg aku jumpa...
so..kwn2 aku yang lain jgn lah kecik hati pulak...
insyallah..nanti klu aku jumpa...
aku uploadkan k...bye...

Step Up Kembali lagi

aku memang minat cite nie..xpenah mist pon...
kli mereka kembali dalam 3d..mesti
pecah panggung lah...

kalau lah jari aku mcm dia

The Expendables Trailers