Followers

Lisa Dakwa Kerani


Foto
Kuantan: Seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang di sebalik kehilangan wang milik pelakon popular Lisa Surihani dan ibunya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan pecah amanah dan mengeluarkan wang milik pelanggannya itu berjumlah RM50,772.40.

Tertuduh yang juga bekas kerani bank Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah.
Mengikut pertuduhan pertama, wanita terbabit didapati melakukan pecah amanah terhadap wang Siti Amirah Ahmad, 63, dan Lisa Surihani Mohamed, 27, di dalam akaun simpanan bersama mereka berjumlah RM50,772.40 pada 7 Januari lalu hingga 10 Januari lalu di Malayan Banking Berhad Cawangan Taman Tas, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda.


Mengikut pertuduhan kedua, wanita terbabit didapati menyalahgunakan sekeping kad juruwang automatik (ATM) iaitu kad Maybank milik akaun simpanan bersama Siti Amirah dan Lisa Surihani untuk mengeluarkan wang tunai berjumlah RM50,772.40 pada 7 Januari lalu hingga 10 Januari lalu di Maybank Cawangan Taman Tas, di sini.


source

1 comment:

Intan Wandalaara said...

hi..singgah baca entry dan follow awak :)