Followers

Chelsea terus cemerlang

2010/08/22

WIGAN: Dua gol masing-masing oleh Nicolas Anelka dan Salomon Kalou membantu Chelsea meneruskan permulaan cemerlang bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan membenam Wigan 6-0 di Stadium DW awal pagi tadi.

Florent Malouda dan Yossi Benayoun turut menemui gawang ketika pasukan Carlo Ancelotti meneruskan kecemerlangan menewaskan

West Brom dengan keputusan sama pada permulaan musim minggu lalu.

Anelka menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk meruntuhkan terus pertahanan lawan.

Terdahulu, Florent Malouda meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-34 sebelum jaringan Anelka.

Pemain gantian, Kalou kemudian menambah dua lagi gol sebelum Benayoun melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit terakhir. - AFP

PETIKAN DARI BERITA HARIAN ONLINE


>aku rasa musim kali nie chelsea agak sukar untuk mengekalkan kejuaraan musim lalu dengan ketiadaan ramai permain...ramalan ini jugak terbukti apabila chelsea kalah 1-3 dengan musuh tradisi (machester united) dalam merebut piala komuniti
ape2 pon aku tetap sokong skuad biru ini....

No comments: