Followers

Sahabat!! Manusia dan Singa

Assalammualaikum semua!!
ermm first sekali PC nk kasi taw..lepas ni PC maybe akan kurang update blog.sbb
PC akan sambung belajar di uitm..kalau ada peluang PC akan update yer..


ermm..ok berbalik pada tajuk td..korang tahu x ada seekor singa yang bernama CHRISTIAN..
apa yang menarik tentang singa ni ialah persahabatan dia dengan penjaga nya..




Pada tahun 1969, Harrods dari London, menjumpai anak singa yang tidak pasti dari mana. Harrods kemudian menjualnya. Dua orang anak muda Australia yang tinggal di London, John Rendall dan Anthony Bourke, membelinya dan memeliharanya di apartmen mereka. Selain itu mereka juga melatihnya di halaman sebuah gereja.


Namun begitu dalam waktu setahun singa yang diberi nama Christian itu membesar dengan cepat. Rendall dan Bourke merasa tidak sesuai lagi memeliharanya di apartment. George Adamson, seorang yang bertugas di Kenya menyarankan supaya Christian dilepaskan sahaja ke hutan di Kenya. Rendall dan Bourke setuju.
Setelah setahun mereka berpisah dengan Christian, Rendall dan Bourke pergi ke Kenya menemui Adamson. Mereka ingin membuat video dokumentari tentang Christian, jika bertemu. Adamson membawa mereka ke tempat Christian tinggal namun dengan sedikit peringatan: Christian sudah menjadi singa yang liar, mengetuai kumpulannya dan tidak mungkin akan mengenali mereka lagi kerana sudah lama berpisah.
Namun video tersebut menunjukkan sesuatu yang berbeza dari jangkaan mereka. Christian ternyata masih mengenali Rendall dan Bourke malah semasa bertemu di awal lagi menunjukkan rasa rindunya yang tidak terduga.
Raja hutan itu berlari lantas memeluk Rendall dan Bourke dengan pelukan hangatseperti manusia.
Video pertemuan mereka tahun 1971 berjudul Christian The Lion yang sudah diedit pertama kali di upload ke internet pada tahun 2002 oleh seorang peminat Christian. Dari sana lalu diambil pengguna MySpace dan akhirnya masuk YouTube tahun 2008. Tahun 2009, sudah begitu banyak versi video ini di YouTube, dan tentunya begitu banyak yang melihatnya. Ada yang mengatakan video itu (dari beberapa versi) sudah dimainkan lebih dari 15 juta kali di YouTube. Luar biasa!!

Di bawah ialah video Christian yang mengharukan, singa yang memeluk rindu manusia yang membesarkannya semasa kecil. Dan pelukannya itu mirip pelukan manusia, begitu hangat, begitu bersahabat, tidak sebuas namanya sebagai singa.



Aku harap Persabatan kita semua akan jadi mcm persahabatan singa ni dengan tuan die..FFL

No comments: