Mahmudah
Cinta amat sukar didefinasikan kerana ia bersifat abstrak dan subjektif. Namun menurut al-Syibli, cinta dinamakan cinta kerana ia menghapuskan semuanya dari hati melainkan kekasihnya. (Risalah al-Qushairi). Masih terdapat 1001 lagi definasi lain bagi kalimah cinta yang dipersembahkan dari perspektif yang berlainan. Bukan semua cinta boleh dianggap mahmudah, malah cinta boleh menjadi satu perkara yang dituntut dan boleh jadi satu perkara yang ditegah.
Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta boleh diwujudkan sebagai perilaku yang tampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah banyak bermunajat, solat sunnah, membaca Al Qur’an dan berzikir kerana dia ingin selalu bercengkerama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Bila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat agar dapat berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan dengan Rabb kekasihnya melalui solat tahajjud.
Betapa indahnya jalinan cinta itu!
Antara perkara yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah:
- Melaksanakan ibadah
- Membaca, mendengar dan merenungi Al-Quran
- Orang yang berselawat kepada Baginda
- Suka tampil berbeza dengan orang Musyrik
Rasulullah SAW pernah berdoa,
Maksudnya:
“Ya Allah, tanamkanlah kecintaan (dalam diri kami) keada keimanan dan hiasilah hati kami dengan keimanan. jadikanlah hati kami benci kepada kekufuran, kefasiqan dan maksiat” (Riwayat Ahmad)
Mazmumah
Tidak semua cinta itu membawa manfaat. Ada yang membuahkan mafsadah. Inilah gara-gara tidak mengikut telunjuk agama. Jika syaitan yang memandu cinta yang didamba manusia, maka cinta itu akan terarah ke arah cinta dunia dan seluruh isinya. Aakah cinta fartamogana yang dikejar.
Masyur dalam kisah cinta Laila dan Majnun. laila seakan-akan menjadi gila malah pernah diceritakan bahawa dia mencium kaki anjing kerana anjing itu baru sahaja melintasi kediaman sang lelaki pujaannya. Ahli maksiat pula jika sudah terbiasa melakukan maksiat akan berasa manisnya “rekod buruk” (maksiat) yang diciptakannya.

Sumber: Majalah Solusi dan Halaqah.net