Followers

Komen Nora Danish tentang hubungannya dengan Apek

Macam-macam gossip timbul tentang pemain bola sepak negara,iaitu Khairul Fahmi Che Mat.
Selain dikatakan punca keretahan hubungan Liuney, jurumekap di kelantan dengan tunangnya Hisham. Apek (KFCM) juga dikatakan mula berdating dengan Nora Danish .




Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.


Nora ketika dihubungi semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

No comments: