Followers

Safee Sali Diiktiraf Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia

Safee Sali digelar sebagai jutawan bolasepak pertama negara Malaysia apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.





Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.

Biodata Safee Sali

Nama penuh: Mohd Safee Mohd Sali

Tarikh lahir: 29 Januari 1984

Tempat lahir: Selangor

Tinggi: 1.70 meter

Posisi permainan: Penyerang

Kelab terkini: Pelita Jaya FC

Nombor jersi: 55

Kerjaya senior:

2003-2005 (Kuala Lumpur FA)

2005-2006 (Sarawak FA)

2006-2011 (Selangor FA)

2011 (Pelita Jaya FC)

2012-2013 (Pelita Jaya FC)

Pasukan kebangsaan:

2004-2007 (Malaysia bawah 23 tahun)

2007 (Malaysia)

Anugerah:

- Olahragawan Paling Digemari Anjuran Astro Awani 2010

- Piala SUZUKI AFF 2010 (Penjaring terbanyak, 5 gol )

source

1 comment:

AQ Eyfa said...

wahhh best nyew rezeki dia.