Followers

Cerita Seorang Gadis

My Beloved Friend Story

Cerita ini bermula apabila aku bersekolah di sekolah taman yang biasa . Sewaktu aku di tingkatan 1 , almaklumlah tak matang lagi . Otak pun masih budak2 . Budak bru nak up katakan . Aku terpikat dengan seorang mamat ni waktu qiamulail . (harap je qiam) Tapi dia ni budak kelas belakang . Aku teringin sangat nak kenal dengan dia .tatau nape . Maybe itu kot cinta pandang pertama . Nampak je dia, mesti jantung aku dudap dudap . HAHA , dy cute . Tala hensem sangt bg aku tapi dia jejaka yg sejuk mate memandang . Aku senang ht bile tgk muka dia . satu hari dia lalu depan kelas aku , kebetulan cikgu takdak dalam kelas aku . Aku dgn kawan2 yang nakal jugak lah, buat2 lah lepak dekat pintu kelas . Then dia pun lalu , aku tercakap ‘Hai !’ . Aku terkejut reaksi dia bila dia lari dengan tiba2 . Aduh , pelik2 . Itu maknenya suka ke tak ea dalam kepala otak aku ni .sepetang jugak aku memikir kan nyo . Petangtu , aku lepak dekat padang depan rumah aku ni , aku ada jiran yang same sekolah dengan aku . Alangkah seronoknya bila kawan aku tu ,dia kenal mamat tu . Then dia pun cerita apa yang dia tahu pasal budak tuh bila aku cakap aku berkenan dgn dia . Siap aku suruh kirimsalam lagi dekat dia . HAHA , yes lgkah k2 done !





Esoknya aku terima sepucuk surat . Daripada dia . Ah ,Aku apalagi melompat lah . Habis satu kelas aku kecoh kan . Hari demi hari ,kami asyik berbalas surat je sebb ade posmen karat yg kami ta byar . Tiap hari selepas balik sk mesti kami bergayut dalam public phone . Waktu tu , ramai perempuan yang berebut kan dia tapi aku jugak dia pilih . Mulai dari hari itu aku kawal hidup dia , dia tak boleh ada mana2 perempuan yang rapat selain aku dan keluarga dia . Dia baik , dengar cakap aku , buat ape aku suruh , tak pernah marah aku . Baik lah sangat . Kadang2 aku rasa bangga dapat dia sebab kawan2 aku ,kekasih diorang mesti pernah pukul diorang . Kami tak pernah gaduh . Kasih diantara kami makin utuh , cinta antara kami semakin mekar .



Dua tahun kami lalui bersama . Suka dan duka . Satu daerah tu tahu kami ni pasangan kekasih . Dia anak tiri , keluarga tiri dia kadang2 menyakitkan hati dia . Aku sedih sangat bila tengok dia menderita . Aku tak tahu nak buat apa , yang aku buat hanya nasihat kan dia supaya banyakkan bersabar . Sebab saya tatahu na buat ape dah awak , sy mintak maaf . ini sahaja sy mampu . Aku pernah cakap dekat dia , kalau nak lari , lari lah , aku tak kisah yang penting awak selamat dan bahagia . Dia cakap dia tak akan tinggal kan aku jauh dari dia walau apa yang terjadi . Aku terharu sangat . Semenjak dari itu akulah yang jaga dia , dalam pelajaran akulah banyak tolong dia . Kalau dia lapar aku hantarkan makanan , dia tiada transport ke mana2 ,aku yang hantarkan . Sebab aku sayang sangat dekat dia . Walaupun sbenarnya tggungjwb itu sepatutnya berada d tgn pakwe tapi aku ta kisah org nak cakap ape .



Tahun ketiga berlalu .Tahun keempat , semakin hari kami semakin matang dalam perhubungan.Aku dah tak cemburu buta , dah tak tuduh melulu , dah tak merajuk tak bertempat . Hepi lah . Kami ditempatkan didalam kelas mengikut keputusan PMR . Aku berada di kelas paling top la katakan , dia sedih nya ditempatkan dekat kelas hujung sekali . Sedih aku . Kelas kami pun jauh . Nak jumpa pun susah . Semenjak itu , dia semakin merendah2 kan diri dia dengan aku . Dia dah tak yakin bahawa aku tetap sayang kan dia lagi . Semenjak itu , aku sedar perangai dia banyak berubah .Kenape lah awak jd macam ni . Kan saya dah berulang cakap dekat awak , SAYA SAYANG AWAK SEORANG , itu pun awak masih tak yakin . tak cukup kea ape yang saya korban kan utk awak . Banyak faktor yang mempengaruhi dia . Dulu kalau aku merajuk sikit , mesti dia pujuk . Sekarang jangan harap lah . Dulu bila aku marah dia , mesti dia diam dan dengarkan saja bebelan aku , tapi sekarang asal aku marah dia tengking aku balik . Nak buat macam mana , aku telan sahaja . Aku tahan sahaja dengan perangai nya yang semakin hari semakin liar . Semakin hari , semakin TERUK . Macam2 benda buruk aku dengar pasal dia . Pasal dia dengan perempuan lain , pasal dia bersosial dengan budak2 ntah dari mane yang aku tak pernah kenal . paling aku sedih pasal orang dah mula2 bercakap tentang hubungan kami termasuk cikgu2 . Pernah aku menangis sorang2 mengenang kan dia . Rindukan dia yang DULU . awak ……………………………..



Dah dua hari dia tak contact aku . Sekolah pun tak datang. Pergi rumah motor dia takde , dah sah2 dia takde . Aku naik bebai pasal dia . Nak marah pun ade tp sabar je la . Aku risau tapi tak tahu nak contact dia macam mane . Telefon sentiasa off . Cikgu dan kawan2 mula pandang serong aku , kata mereka aku ni tak reti jaga kekasih . Harap budak kelas pandai . Tuhan sahaja tahu perasaan aku macammana .Makan aku tak terjage , mandi aku ta basah sangt , tidur aku kdg2 mimpi merapu rapu kenangkan dia . Aku sayang engkau lah , budak baik ! Hati aku bercakap bende tu berulang2 kali . Esok nya heboh dekat sekolah pasal dia kena tangkap polis dan kena halau dengan keluarga dia . Terduduk bila aku dengar . Langkah seribu aku lari ke tandas . menjerit , meraung dalam tandas aku sorang2 . Aku menyendiri seharian . Aku rasa waktu tu aku orang terakhir yang tahu . Kenapa lah buat aku macam ni , ini ke balasan kau dekat aku . kau tak sayang aku ke . Petang tu dia telefon , aku tak marah dia sebab aku sayangkan dia . Dia mintak maaf , dia terangkan satu persatu dekat aku . Dia ambil keputusan taknak jejak kaki lagi ke sini dan lari ke rumah emak kandung dia . Tak la jauh sangat dari sini . Tapi aku still masih kena sesuai kan diri kalau dia jauh sebab aku dah biasa bersama dgn dia selalu . Dia dah kesal dengan perangai dia dan berjanji dengan aku takan mengulangi lagi . Aku maafkan dia dan kami mulai hidup baru . Baik kan hati aku nih . Lupa kan kesalahan dia sekejap je .Dia gembira di tempat baru dia , sekolah baru dia ok , kawan2 pun ramai . Awak nak tahu , kalau awak bhagia saya pun bahagia . Aku terima dia seadanya dan dia terima aku juga seadanya .



11 .12 ,tarikh lahir dia .Aku tak sabar2 . Memang hari tuh aku rase excited sangat . Aku ambil keputusan nak buat kejutan untuk dia sebab tahun2 lepas juga aku selalu buat kejutan untuk dia . Aku suruh kawan dia tunjukkan aku rumah dia sebab aku dah belikan kek dan hadiah untuk dia . Special sangat tau untuk awak . Bila aku masuk je perkarangan rumah dia ,aku tengok banyak motor dan ramai orang . Keadaan bising macam ada buat party apa2 . Bila aku dijemput masuk oleh mak dia aku tengok rupanya dia tengah sambut birthday dia dengan kawan2 dia .Meriah pulak tuh . Tergamam dia bila nampak aku terpacak depan batang hidung dia . Dia ta senyum , tak cakap , dan bediri tegak macam nyanyi Negaraku . Aku terasa jugak ,kenapa tak jemput aku . Em , aku fikir baik aku abaikan perasaan kecil hati aku ni . Harini kan hari bahagia dia , kenapa aku nak bergaduh pulak kan. Bila aku melangkah setapak lagi aku tertelan air liur aku bila tengok kawan2 perempuan dia . Mak aih ,seksa nak mampus, gedik pulak tuh . Aku terasa hati lagi . Kata dia , dia tak kawan dengan perempuan . Ah ,aku abaikan lagi marah dan cemburu aku ni . Kalu ikutkan hati mahu sahaja aku menengking dan memusnah kan birthday party sehebad itu . Tapi aku nak tengok dia bahagia hari ini . Aku mula perasan dia tak tegur aku pun dan dia lansung tak perkenal kan aku dengan kawan2 dia dan tak cakap aku ni awek dia , kekasih sehidup semati dia . Ah, aku abaikan semua prasangka itu . Hati aku mula tak sedap bila aku terlihat dan aku terdengar , panggilan sayang dari salah seorang perempuan dekat situ panggil dia . Aku lihat telatah mereka dan kawan2 dia hanya bersorak2 melihat perempuan itu menggoda dia .Konon depa nak ikut budaya barat . Hampeh . Ingat aku suka . Perempuan seksi tuh siap bergaya macam dia awek syg aku . Menyirap jugak darak aku nih ke kepala . Aku cuba buang tanggapan negative aku dan aku ambil keputusan untuk tanya dekat salah seorang kawan dia disitu .



“Awak , perempuan yang tadi tu sape ea ?” “Oh yang same dengan _____, dia tu kekasih dia .”

“ Dah lama ke diorang couple ? “

“em baru 3 minggu kot . kenape ? “

“ ………………………………………………………………………….”



Awak ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Waktu tu , dia mulai rasa yang aku dah tahu semua rahsia dia . Hati aku macam direntap2 . macam kena hiris ! macam kena tusuk dgn lembing ! macam nak bunuh semua orang !



Aku teringat waktu kami sama2 waktu habis PMR , main kad same2 . Kelakar dengan gurauan awak .



Awak selalu buat magic untuk saya ! Awak buat saya gelak pecah perut dgn lawak awak .



Saya tumpah kan aiskrim mcD di bju awak wktu kite kelua , ingt tak ? hehe . sy siap kan beli baju baru warna hijau untuk awak J



Kita dating kat Lake Garden , ala tempat selalu tuh . takan awak lupe ? kad batu bkembar tuh . Awak byk tgkp gambar saya walaupun saya malu2 . Banyak pulak tuh then awak cuci gmbar2 saya n kongsi kan dgn saya .



Awak ,

saya ingat awak sayang saye . . . . .

saya ingat itu tande seorang laki2 cinta kan kekasih nya .

Tapi awak ,





‘awak , sampai hati awak …. ‘

Awak , pandai awak .:)



Pandai awak sorok semua ini . Saya memang salute awak , awak mmg terer . Awak , saya dah maafkan awak .Saya akan buang jauh2 kenangan kita dan janji2 yang awak buat . Saya nak awak tahu , saya hepy bila awak hepy . Awak jangan risau saya takkan berdendam dgn awak pasal ini . Saya gembira bila awak pernah bahagiakan saya . Awak jangan risau pasal saya lagi k . Awak jage diri baik2 ye. Saya yakin kekasih baru awak mesti lebih sempurna dari saya . Awak ,dia lawa . Awak halalkan makan minum saya ye , awak maafkan saya diatas kekurangan saya , awak , semoga bahagia saya ucapkan . Terima kasih awak atas segalanya .







Saya tak de duit nak beli hadiah yang mahal2 . Saya tak sekaya dan semewah awak . Saya hanya dapat memberi dgn penuh ikhlas hati dan ketulusan saya menyintai awak . Kalau awak taknak , awak buang k . Saya tak kisah . (^_^) Assalamualaikum .





*cerite pendek ini hanya rekaan semate2 (sukesuki) , tiade kene ngene kepade yg hidup dan yg tlh meninggal dunia

*hanye diadaptasi sedikit2 drpd cerita sebenar

Terimas kasih kerana membaca ,



created by ,

,azlinyusof

No comments: