Followers

Abby Pula Terkena Buatan Orang

Abby Abadi Disihir Pihak Yang Irihati?
PETALING JAYA – Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak-pihak tertentu yang cuba bermain ‘kotor’ dengan dirinya dengan ‘menghantar’ sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit
.
Memetik laporan dari mStar, Abby memberitahu pihak terbabit cuba untuk menutup periuk nasinya dengan membuat perkara ‘jahat’ seperti perutnya menjadi sakit, tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan mengalami sakit pinggang yang teruk ketika  dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama.
“Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini,” kata Abby.
Abby mendakwa semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.
Malah, dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.
Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.
“Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.
“Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu,” ujar Abby.
Abby yang dalam proses merakamkan single lagu barunya yang berjudul, Aku Tak Mahu, ketika ditanya tentang perkembangan terbaru ‘hubungan’ dengan bekas kekasihnya, Zul Ariffin, dia mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.
Cuma, Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu lepas yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya.
Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.
Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.
Pun begitu, Abby tidak mahu hubungan cintanya yang kecundang itu terus memberikan kesedihan dalam hidupnya, sebaliknya dia mahu bangkit kuat semula dan kehidupannya perlu diteruskan.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: