Followers

Kisah Cemas Apabila Wardina Di Rompak

Rumah Wardina Dipecah Masuk, Suami Dipukul
KUALA LUMPUR – Rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah, telah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga perompak bersenjatakan parang mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.


Menurut Wardina yang berkongsi pengalaman yang mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa suaminya, Ikhwan Johari telah dipukul perompak tersebut manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden yang berlaku malam tadi.
“We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hpless too.
“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah.
“Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan,” kata Wardina yang dipetik dari laman Twitter miliknya beberapa jam yang lalu.
“Takut sgt dia apa-apakan kami, sbb marah tak de brng kemas…Kids trauma sikit,” katanya lagi.
Agak melucukan juga apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.
Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, telah melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis dan pihak berkuasa itu masih menyiasat mengenai kejadian tersebut di rumahnya.
Buat masa ini, Wardina terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.
Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.
-mynewshub.my

No comments: