Followers

Ada Hidupan Di Zuhrah?

Saintis Rusia Dakwa Ada Kehidupan Di Planet Zuhrah
RUSIA – Indo-Asia News Service melaporkan baru-baru ini seorang saintis Rusia telah mendapat bukti terdapatnya kehidupan di planet Zuhrah, ‘jiran’ bagi Bumi dan telah menerbitkan penulisannya.


Leonid Ksanfomaliti, seorang ahli astronomi yang berpusat di Institut Penyelidikan Akademi Sains Angkasa Rusia , dia telah menganalisis gambar-gambar yang diambil oleh seorang ahli pendarat Rusia pada tahun 1982 semasa misi untuk meneroka planet terbabit.
Planet Zuhrah mempunyai saiz yang kira-kira sama dengan Bumi tetapi mempunyai ruang udara yang lebih tebal dan kuantiti karbon dioksida yang lebih besar.
Dengan tekanan  atmosfera 92 kali lebih besar daripada Bumi, planet yang permukaannya tanpa air dan mempunyai kawah gunung berapi serta  suhu permukaan sebanyak 894 darjah, Zuhrah tidak pernah diletakkan sebagai ‘sasaran’ oleh para penyelidik untuk melakukan kajian ke atasnya.
Tetapi, di dalam artikal yang dikeluarkan dalam majalah ‘Solar System Research’, Ksanfomaliti mengatakan gambar-gambar terbabit mamaparkan objek-objek yang menyerupai ‘cakera’, ‘kepak’ dan ‘kala jengking’.
“Bagaimana jika kita lupa tentang teori-teori semasa tentang kewujudan objek tidak hidup di Zuhrah?
“Dan kerana itu bukti-bukti ini menunjukkan bahawa ciri morfologi atau objek ini membolehkan kita untuk mengatakan bahawa mereka adalah hidup,” kata Ksanfomaliti.
Menurut laporan yang dipetik dari The Daily Caller, terdapat juga penyelidikan lain yang dilakukan mendakwa planet Zuhrah juga mempunyai sumber air, tetapi kenyataan saintifik telah mempertikaikan dakwaan terbabit berikutan tidak ada lautan di planet itu sejak dua juta tahun lalu.
Kapal angkasa Venus Express yang dibina oleh jurutera Eropah telah memerhatikan planet itu sejak pelancarannya pada tahun 2005.
Ahli-ahli saintis yang bekerja sewaktu pelancaran kapal angkasa terbabit juga mendakwa tidak melihat sebarang objek hidup yang berkeliaran di Zuhrah tetapi tidak menolak kemungkinan objek hidup berkenaan mungkin ‘berselindung’ di sebalik awan planet itu.
Ksanfomaliti juga mendakwa bahawa objek yang dilihat di dalam gambar-gambar tersebut seolah-olah  ‘berubah-ubah’ dan ‘hilang’ jika dilihat dari sudut pandangan yang berbeza.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: