Followers

Duit Syiling Baharu Malaysiaa Diedarkan Mulai 16 Jan Ini

Duit Syiling Baharu M'sia Diedarkan Mulai 16 Jan Ini
KUALA LUMPUR -  Duit syiling Malaysia siri baharu yang direka dengan ciri yang lebih kecil dan ringan serta mesra orang kurang upaya (OKU) akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari 2012 ini
.Bank Negara Malaysia (BNM) melalui satu kenyataan media memberita, duit syiling baharu berwarna kuning dan perak itu juga akan memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan.
“Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakannya.
“Duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
“Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, reka bentuk duit syiling Malaysia siri baharu tersebut bertemakan Keunikan Malaysia melalui inspirasi budaya dan warisan negara.
Kata kenyataan itu, motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
“Denominasi duit syiling siri baharu ini adalah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niaga biasa mereka,” kata kenyataan itu lagi.
Tambah kenyataan itu, duit syiling baharu itu akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling yang sedia ada.
Jelas kenyataan itu, duit syiling yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Sehubungan itu, bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai telah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baharu ini. – mynewhub.my

No comments: