Followers

Kes Kematian H5N1 Di Barat Daya China

Kes Kematian H5N1 Di Barat Daya China
BEIJING – Seorang lelaki berusia 39 tahun mati akibat patogenik avian influenza (H5N1), selesema burung di Barat daya China petang semalam, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.


Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan kementerian itu melaporkan, lelaki tersebut yang mula demam sejak 6 Januari mati di sebuah hospital di Guiyang, ibu negara Wilayah Guizhou setelah menerima rawatan rapi selama tiga hari.
Pusat kawalan dan pencegahan penyakit itu di kedua-dua peringkat wilayah dan nasional mengesahkan kes itu adalah jangkitan H5N1.
Setakat ini, 71 individu yang telah mendekati mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda luar biasa, menurut kementerian berkenaan. – BERNAMA

No comments: