Followers

Fahrin Nafi Bercinta Dengan Pelajar UPM

Fahrin Nafi Bercinta Dengan Pelajar UPM
KUALA LUMPUR – Aktor Fahrin Ahmad menafikan gosip kononnya dia bercinta dengan seorang pelajar perempuan Universiti Putra Malaysia (UPM) sewaktu terbabit dalam sebuah program motivasi baru-baru ini.


Menurut pelakon yang pernah gagal bercinta dengan penyampai radio Suria FM, Linda Onn ini, gosip itu tidak berasas kerana selama ini dia terbabit dengan banyak pihak termasuklah pelajar universiti dalam program seumpama itu.
“Buat masa ini saya masih solo dan tiada hubungan cinta dengan pelajar yang terbabit. Kebetulan sejak kebelakangan ini saya sering dijemput sebagai motivator dalam program membabitkan pelajar universiti. Takkanlah kerana itu saya dikatakan mudah menjalin hubungan cinta?” soalnya.
Fahrin menjawab gosip terbarunya itu selepas pelancaran program terbaru Astro Ria bertajuk Misi 12 yang diacarakannya selama 7 minggu yang diadakan di Hulu Yam, Selangor di sini petang ini.
Jelas Fahrin isu itu timbul disebabkan pembabitannya dalam Program Ibubapa Prihatin Anak Cemerlang (IPEC) yang dijayakannya bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan Dr. Tengku Ismadi di universiti tersebut Disember lalu. – mynewshub.my

No comments: