Followers

Chong Wei Kembali Menunjuk Taring




PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan namanya sebaris dengan pemain legenda tanah air, Wong Peng Soon selepas merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam.


Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei mencatat kemenangan mudah ke atas perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011.
Ini juga adalah kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu.
Dengan dua kejuaraan tersebut, Chong Wei kini boleh dianggap sudah kembali berada pada prestasi sebenar selepas menutup tirai 2011 dengan aksi tidak menentu.
JAGUH perseorangan, Datuk Lee Chong Wei kini ada sebab untuk mendabik dada selaku pemain badminton No. 1 negara.
Ini kerana, dia telah berjaya meletakkan namanya sebaris dengan legenda badminton tanah air, Wong Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Malaysia 2012 semalam.
Kejayaan itu hadir selepas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan pemain perseorangan Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tampil selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei menampilkan reputasi yang cukup tinggi apabila berdepan pemain muda Jepun itu.
Apa tidaknya, dia ternyata terlalu unggul buat Tago apabila menang kesemua 10 pertemuan sebelum ini, sekali gus melebarkan rekod kemenangan ke atas pemain Jepun itu sebanyak 11 perlawanan.
Bagi Chong Wei, dia langsung tidak menjangka akan peroleh kemenangan mudah pada aksi final semalam menentang Tago.
“Saya tidak sangka dapat menang mudah. Dalam lapan perlawanan peringkat yang saya lalui, ini merupakan yang paling mudah buat diri saya untuk bergelar juara.
“Saya harap, saya boleh mengekalkan rentak kecemerlangan ini dan lebih fokus untuk menghadapi kejohanan-kejohanan seterusnya terutama ketika Sukan Olimpik 2012,” kata Chong Wei ketika sidang media sejurus tamat perlawanan semalam.
Sebagai rekod, Chong Wei, 29, turut memenangi gelaran juara Terbuka Malaysia sebanyak tujuh iaitu pada edisi 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010 dan 2011.
Malah, ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut buat dirinya selepas membuka kalendar 2012 dengan gelaran juara pada Siri Super Premier Terbuka Korea pada 8 Januari lalu.
Lebih manis, kemenangan itu adalah hasil kejayaan menumbangkan bintang sensasi China yang juga merupakan seteru utamanya, Lin Dan pada aksi final.
Dengan dua kejuaraan tersebut, Chong Wei kini boleh dianggap sudah kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya selepas menutup tirai 2011 dengan prestasi tidak menentu.
Sementara itu, Tago akur dengan kekalahan yang dialaminya semalam apabila mengakui bahawa Chong Wei sememangnya lebih baik berbanding dirinya.
“Saya tidak beraksi pada peringkat separuh akhir semalam (kelmarin), jadi, saya tidak dapat t menemui rentak permainan saya yang sebenar.
“Saya akui Chong Wei memang pemain yang lebih baik daripada saya. Saya perlu meningkatkan tahap permainan saya.”
Selaku juara, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$30,000 (RM93,990) manakala Tago berpuas hati dengan AS$15,200 (RM47,621).

No comments: