Followers

Scha Alyahya Jaga Ibu Sedang Sakit

Scha Alyahya Jaga Ibu Sedang Sakit
KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Scha Alyahya kini sedang memberi tumpuan kepada ibunya, Junaidah Hashim yang menghidap sakit jantung, ghaut dan buah pinggang sehingga dia menolak semua tawaran berlakon sejak sebulan yang lalu.


Menurut pelakon drama bersiri popular, Awan Dania itu, dia sukar untuk meninggalkan ibunya yang kini berusia 63 tahun biarpun tawaran berlakon drama dan filem yang diterimanya daripada penerbit datang mencurah-curah sejak kebelakangan ini.
“Sejak akhir-akhir ini Scha memang banyak dapat dugaan menyebabkan Scha kena banyak-banyak bersabar. Mungkin ini adalah untuk pembukaan tahun 2012. Apabila melihatkan keadaan badan ibu yang semakin kurus hati Scha rasa macam sayu semacam sahaja,” ujarnya.
Malah, kata pelakon berasal dari Kedah ini, dia juga terpaksa melupakan seketika soal hubungan cintanya dengan pengacara, Awal Ashari, apatah lagi tentang tarikh perkahwinannya yang kini menjadi teka-teki banyak pihak terutamanya wartawan hiburan.
“Buat masa ini, Scha tidak mahu memikirkan dulu soal kahwin kerana mahu memberi tunmpuan kepada ibu Scha yang sedang sakit. Insya-Allah kalau tidak ada aral melintang kalau boleh Scha dan Awal mahu berkahwin pada pertengahan tahun ini,” jelasnya lagi. – mynewshub.my

2 comments:

AQ Eyfa said...

bagus r..schya..anak yg baik..g pun sis mmg looiikeee sgt dia nih ..Awal gak sis loooikee

Pangeran Chenta said...

hehex..rmai jgak yg akak suka ekk