Followers

Band Klangit Dari Malaysia, Bukan Indonesia!

Band Klangit Dari Malaysia, Bukan Indonesia!
KUALA LUMPUR – Pasti ramai yang tidak begitu sinonim dengan nama band Klangit dan jarang sekali band ini menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia.


Tetapi, lagu berjudul ‘Sesal Mendua’ nyanyian band Klangit sering diputarkan di radio-radio tempatan untuk menjadi hiburan pendengar-pendengar sejak akhir-akhir ini.
Buat peminat-peminat yang pernah mendengar lagu tersebut, pasti ‘cair’ tatkala mendengarkan suara lunak vokalis band itu ketika bait-bait lirik dinyanyikan dengan penuh perasaan.
Bagaimanapun, ramai pastinya beranggapan band Klangit berasal dari Indonesia dek kerana suara vokalisnya saling tidak tumpah seperti artis Indonesia.
Tetapi, hakikatnya, band Klangit adalah band yang berasal dari Malaysia dan bukanlah dari Indonesia seperti dakwaan sesetengah pihak.
Walaupun band Klangit baru sahaja muncul baru-baru ini, band ini sebenarnya sudah lama ditubuhkan pada Februari 2008 selepas merakamkan beberapa buah lagu pada tahun 2007.
Ahli-ahli Klangit pula terdiri daripada Muhamad Nor Hadre Ayub sebagai vokalis, Mohd. Haris Muhamad, gitaris, dan Mohd. Izwan pula di posisi bass guitars.
Semoga band Klangit mampu bertahan di dalam industri seni tanah air kita dan mengembangkan lagi bakat seni suara mereka serta sentiasa mendapat sokongan padu dari peminat-peminat Malaysia.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: