Followers

Serangga Menyerupai Daun Limau Purut

Pelik! Serangga Menyerupai Daun Limau Purut
SETIU – Sekali pandang, bentuknya tak ubah seperti daun biasa dan langsung tiada keistimewaan.
Tetapi, berbeza bagi Norasmadi Nordin, 45, dan keluarganya apabila menemui seekor serangga yang menyerupai sehelai daun limau purut.


Serangga berkenaan yang tidak diketahui spesisnya turut mempunyai urat daun, berwarna hijau pekat dan berlilin di lapisan permukaannya.
Malah, saiz serangga itu juga seakan-akan saiz daun limau purut yang mempunyai ukuran lebar 2.5 sentimeter dan panjangnya 5 sentimeter.
Norasmadi memberitahu dia tidak tahu makanan yang diambil serangga itu kerana rumput yang diletakkan dalam sangkarnya tidak langsung ‘diusik’ dan dimakan.
Menceritakan penemuan spesis pelik itu, Norasmadi menjumpai serangga terbabit semasa dia mencuci kereta di rumahnya dan melihatkan sehelai daun yang berterbangan di atas meja.
“Namun setelah diamati, sangkaan saya meleset apabila bukan daun berterbangan, tetapi serangga menyerupai sehelai daun sedang bergerak,” katanya.
Bukan itu sahaja, serangga itu juga mempunyai keistimewaan apabila sesekali mengeluarkan bau wangi seperti bau limau purut dan bahagian belakang serangga itu akan terangkat ketika bergerak dan bergulung dihujungnya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: