Followers

Messi Permain Terbaik Fifa Kali Ke-3

Messi Dinobat Pemain Terbaik FIFA Ballon D'Or 2011
ZURICH – Lionel Messi memenangi anugerah berprestij, FIFA Ballon d’Or 2011 pada majlis yang berlangsung di Zurich semalam, menjadikan anugerah itu yang ketiga berturut-turut bagi pemain bola sepak terbaik dunia itu.

Pemain kelab Barcelona berusia 24 tahun itu beraksi cemerlang dengan meninggalkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Xavi untuk memenangi anugerah itu.
“Ia adalah anugerah terbesar bagi saya,” kata Messi.
“Ini kali ketiga saya memenangi. Anugerah ini adalah satu penghormatan yang menakjubkan. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam memajukan karier saya iaitu rakan sepasukan, jurulatih terutamanya Pep Guardiola dan semua di Barcelona.
“Tidak ketinggalan, saya juga ingin berterima kasih kepada pasukan kebangsaan saya iaitu Argentina,” kata Messi yang menjadi pemain berturut-turut memenangi anugerah berkenaan selepas Michel Platini. – AFP

No comments: