Followers

Menara Cinta Teragung Dunia Mulai Senget

Menara Cinta Teragung Dunia Mulai Senget
Umum mengetahui akan kehebatan dan keindahan seni pembinaan Taj Mahal yang dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648.


Taj Mahal yang dibina di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima.
Bangunan ini adalah contoh terbaik Seni bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki , India dan gaya seni bina Islam serta UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi.
Pun begitu, ramai dikejutkan dengan berita tentang satu daripada empat menara Taj Mahal yang senget sebanyak empat sentimeter.
Menara itu senget dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air dan keadaan itu sekaligus menjejaskan sistem saliran air bawah tanah serta memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.
Taj mahal dibina bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air dan itu menjadikan monumen itu kalis gempa.
Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.
Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.
Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter, bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: