Followers

Hafiz AF Ingin Pertahan Vokal Terbaik AJL26

Hafiz AF Azam Pertahan Vokal Terbaik AJL26
KUALA LUMPUR – Bekas Bintang Akademi Fantasia (AF), Hafiz berazam mahu mengekalkan kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Noktah Cinta yang dimenanginya pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) tahun lalu pada AJL26 Ahad ini
.
Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu tidak menafikan tahun ini dia bakal melalui laluan getir kerana saingan untuk kategori itu sangat sengit terutamanya melalui lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.
“Tahun ini saya akan mempertaruhkan lagu Awan Nano ciptaan Datuk M. Nasir di mana saya tidak berharap lagu itu akan memenangi kategori Lagu Terbaik atau AJL. Tetapi kalau boleh saya mahu menang kategori Vokal terbaik.
“Cuma laluan saya tahun ini agak sukar kerana lagu Beribu Sesalan menampilkan tiga vokalis yang hebat. Apa pun saya akan melakukan yang terbaik untuk lagu Awan Nano. Lagu ini pun agak sukar dibawakan kerana ia menampilkan melodi yang tersendiri,” katanya.
Justeru, bagi menghadapi AJL26 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari ini pukul 9 malam, Hafiz sedang melakukan pelbagai persiapan rapi termasuklah daripada segi latihan vokal.
“Buat masa ini saya sedang mengikuti latihan vokal yang dibimbing oleh bekas guru vokal AF iaitu Cikgu Shafi. Saya juga akan melakukan kejutan tetapi biarlah saya rahsiakan dulu dan persembahkannya pada malam AJL26 nanti,” ujarnya. – mynewshub.my

1 comment:

AQ Eyfa said...

hafizz terbaekkk..dah menang pun bukan setakat VOKAL tp Juara truzzz..i looikee