Followers

Pelatih PLKN Diberi Cuti

Pelatih PLKN Dapat Cuti 5 Hari
KUALA LUMPUR – Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diberi cuti lima hari mulai Sabtu ini sempena perayaan Tahun Baru Cina.


Pelatih dibenarkan pulang pada petang Jumaat ini dan perlu kembali ke kem PLKN pada petang Rabu depan, demikian menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Pelatih dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada waris atau penjaga untuk menjemput mereka dari kem-kem PLKN. – BERNAMA

No comments: