Followers

Laptop Aizat Hilang??

Pulang Balik Laptop Aku... – Aizat & Anas Amdan
KUALA LUMPUR – Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Aizat Amdan dan abangnya, Anas Amdan merayu kepada sesiapa yang ‘terambil’ atau ternampak komputer riba milik mereka yang hilang agar memulangkannya kembali.


Aizat dan Anas sanggup menghadiahkan dua buah komputer riba baru kepada sesiapa yang mengembalikan MacBook Pro tersebut memandangkan komputer riba itu mengandungi pelbagai maklumat dan hasil kerja mereka.
“Aduh nak nangis. Bukan sebab kalah tapi sebab laptop kena curi. Tolong la wahai rakyat Malaysia. Bagi balik laptop aku.. Dalam laptop tu ada semua lagu-lagu baru yang aku sayangi. Please la sape yang curi. Aku nak balik..Ya Allah..Tolong la bagi balik..Please return my laptop! My life’s work is inside my Macbook pro 15.
“Special nye laptop aku. Macbook Casing bawah bawah dia warna hitam mmg takleh bukak.. Siapa2 yang nampak.. Tolong la pulangkan balik..kami sanggup bagi 2 laptop baru. What a shitty day,” rayu Anas yang dipetik dari laman sosial Twitternya.
Aizat turut merayu kepada pencuri berkenaan agar memulangkan MacBook Pro milik Anas dan sebuah kamera Canon DSLR 60D milik Alif Amdan.
“Sesiapa yg ambik atau ternampak laptop mcbook pro AnasAmdan dlm stadium putra please pulang balik. Byk kerja hidup kami ada dlm laptop macbook pro dan camera canon tu.
“Tolong sesiapa yang ambik dr dressing room saya, pulangkan. Kalau sesiapa ternampak org yg disyaki masuk dressing room sy sepanjang AJL26 berlansung tolong beritahu,” mohon Aizat pula di Twitter miliknya.
Komputer riba berjenama MacBook Pro 15” itu adalah milik Anas yang diletakkan di dalam bilik persalinan Aizat untuk AJL26 semalam dan dipercayai bilik tersebut telah dipecah masuk oleh seseorang sehingga menyebabkan adik beradik penyanyi itu kehilangan beberapa barang peribadi mereka.

No comments: