Followers

Himpunan Sejuta Umat Di Pulau Pinang Sabtu Ini

Himpunan Sejuta Umat Di Pulau Pinang Sabtu Ini
KEPALA BATAS – Selepas berjaya  mengadakan dua perhimpunan di Selangor dan  Perak tahun lalu, Sekretariat Himpunan Sejuta  Umat (Himpun) bakal mengadakan Himpun  peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Pusat  Budi Penyayang di sini pada 28 Januari ini.


Menurut Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abdul  Hamid berkata, perhimpunan itu terbuka kepada  sesiapa sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Menurutnya, perhimpunan bertema ‘Selamatkan  Aqidah’itu merupakan langkah terbaik untuk  menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.
“Kita mengundang pelbagai pihak untuk  menyampaikan ceramah mengenai isu-isu terbaru  tentang termasuk isu golongan tertentu mahu merosakkan akidah umat Islam,” katanya di sini  hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar  mengenai Himpun di Hotel Seri Malaysia, Kepala  Batas di sini.
Mohd. Azmi berkata, perbuatan yang merosakkan  akidah umat Islam tidak boleh dipandang remeh,  termasuk ahli politik dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini.
Menurut beliau, pihaknya sedia berdailog dengan  sesiapa sahaja dalam menangani perkara itu.
Katanya, isu akidah dan isu Islam harus dihormati  oleh mana-mana pihak dan mereka tidak harus menimbulkan prasangka buruk terhadap Islam.
-mynewshub

No comments: