Followers

Jual Ayam 24 Jam


BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.
BERKAS...wanita disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di restoran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Siang menjalankan perniagaan nasi ayam dan malam pula menyediakan perkhidmatan ‘ayam’ kepada pelanggan mereka.



Itu taktik digunakan sebuah restoran berhampiran Jalan Inai, Bukit Bintang, di sini, yang dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik operasi restoran.

Difahamkan, lokasi restoran terletak di kawasan kurang strategik menyebabkan pemiliknya mengambil jalan mudah menyediakan khidmat pelacur bagi menarik pelanggan.

Kebanyakan pelacur disediakan mengikut permintaan pelanggan, malah mereka boleh membawa wanita terbabit keluar dari premis dengan kadar bayaran tertentu.

Malah, pemilik restoran itu turut menggunakan cermin gelap di seluruh bahagian restorannya bagi mengaburi pihak berkuasa.-Metro

No comments: