Followers

Kekasih Simpan Pisau Lipat

 SIASAT...pasangan kekasih yang ditahan. Gambar kecil, senjata berbahaya yang dirampas polis. 

KUALA LUMPUR: Dua pisau lipat dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang disimpan di dalam beg tangan dan motosikal membawa malang kepada sepasang kekasih yang dicekup ketika sambutan tahun baru 2011 di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan berkenaan sedang leka bergembira di kawasan belakang sebuah stesen minyak di kawasan itu bersama beberapa pasangan kekasih lain.



Ketua Unit Penguatkuasaan Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata pasangan terbabit yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan Ops Samseng Jalan Raya di kawasan itu.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, pasangan itu berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan badan ke atas mereka menemui senjata berbahaya iaitu sebilah pisau berukuran 11 sentimeter di dalam beg tangan milik pasangan wanita.

“Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang pasangan itu pula membawa kepada penemuan sebuah pisau lipat berukuran 20 sentimeter dan seutas rantai besi berukuran 104 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah.

“Selepas disoal siasat, pasangan itu mendakwa senjata berbahaya itu bukan milik mereka. Bagaimanapun mereka ditahan dan dibawa ke balai,” katanya.
Beliau berkata, mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.-METRO

pix_topright

No comments: