Followers

Rindukan Bapa Hingga Termimpi



NUR ATHIRAH (tengah) bersama abangnya, Adib Irfan (kanan) dan sepupunya terlalu
 rindukan Mohd. Nazaruddin ketika ditemui di Sungai Buloh baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Kes penculikan seorang ahli perniagaan, Mohd. Nazaruddin Saidin (gambar kecil), 38, di selatan Filipina sejak tujuh bulan lalu nampaknya masih belum menunjukkan sebarang petanda positif.
Sehingga semalam, ahli keluarga peniaga cicak tokek tersebut masih belum mendapat apa-apa jaminan mengenai pembebasannya hingga menambahkan rasa bimbang di kalangan mereka.


Lebih parah apabila anak bongsu Mohd. Nazaruddin, Nur Athirah, 5, dikatakan tidak mampu lagi membendung rasa rindu terhadap bapanya itu dan hatinya mudah tersentuh hanya dengan mendengar nama lelaki itu sahaja.
Bekas isteri Nazaruddin, Mazlina Mohamad, 38, memberitahu, kerinduan anak bongsunya melebihi ahli keluarga lain hingga terbawa-bawa ke dalam mimpinya.
Katanya, keadaan itu memaksanya menyorokkan kesemua gambar dan apa sahaja yang berkaitan dengan Nazaruddin bagi mengurangkan duka anaknya.
“Dia masih teringat-ingat bapanya sehingga apabila mendengar orang menyebut nama Nazaruddin pun hatinya akan tersentuh dan bersedih,” ceritanya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.-KOSMO

No comments: