Followers

Simple Plan Terjah KL



SIMPLE PLAN bakal menemui peminat di Malaysia pada 14 Januari ini.


JET LEG. Itu judul lagu yang kembali menyerlah band punk-rock Kanada, Simple Plan. Menariknya,single kedua dari album studio keempat Simple Plan yang berjudul Get Your Heart On dihasilkan dalam dua versi iaitu yang pertama menampilkan kolaborasi bersama penyanyi British Natasha Bedingfield dan versi kedua pula menampilkan penyanyi kacukan Perancis Kanada, Marie-Mai, yang mengalunkan vokal dalam bahasa Perancis.


Bukan itu sahaja, menerusi persembahan-persembahan konsertnya, Simple Plan berduet dengan beberapa penyanyi wanita dari negara-negara berlainan. Mereka pernah mempersembahkan lagu Jet Leg berkolaborasi dengan Fefe Dobson pada MuchMusic Video Awards 2011 pada 19 Jun, tahun lepas, manakala pada 29 September lepas pula Simple Plan berkolaborasi dengan penyanyi Australia pada acara AFL Footy Show Grand Final yang berlangsung di Rod Laver Arena in Melbourne, Australia.
Untuk konsert jelajah Simple Plans's Australian Tour in 2011, anggota band punk-rock Australia Tonight Alive, Jenna McDougall terpilih untuk berkolaborasi dengan Simple Plan untuk lagu itu.
Sementara itu untuk versi Cina Jet Leg, Simple Plan berkolaborasi dengan penyanyi Kelly Cha yang mana single itu dilancarkan pada 27 Disember lalu. Jet Leg versi Indonesia pula menyaksikan Tantri, vokalis band Indonesia, Kotak berkolaborasi dengan Simple Plan. Berbekalkan lagu itu dan naskhah album Get Your Heart On, Simple Plan yang dianggotai Pierre Bouvier (vokal utama), Jeff Stinco (gitar utama), Sébastien Lefebvre (gitar irama), David Desrosiers (gitar bass) dan Chuck Comeau (drum) bakal menemui peminat mereka di Malaysia untuk sebuah konsert yang dijangka meriah.
Dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Fat Boys, Simple Plan bakal muncul untuk konsert The Simple Plan...Get Your Heart On Tour Live In Malaysia di KL Live, Jalan Sultan Ismail pukul 8.30 malam Sabtu 14 Januari ini.
Ada tawaran hebat menanti, kerana bagi pembeli dua keping tiket konsert Simple Plan untuk mana-nama kategori layak untuk mendapat satu tiket percuma (kategori Rock Zone bernilai RM198) konsert penyanyi Avril Lavigne di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 18 Februari ini.
Tiket boleh didapati di Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Mid Valley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan cawangan The Guitar Store outlets pada harga RM258 (Rock Zone); RM188 (Upper Tier); RM98 (Free Standing).
Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline +603-78807999 atau layariwww.ticketpro.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.jsconcert.com, https://www.facebook.com/JSConcertProductions dan www.rockthisjoint.com.my.
-KOSMO

No comments: