Followers

Kasino Dikepung 5 Jam Sebelum Diserbu




Sebuah meja dan peralatan judi turut dirampas polis dalam serbuan ke atas kasino 
rimba Mount Erskine.


GEORGE TOWN – Selepas dikepung lebih lima jam oleh sekumpulan anggota polis akhirnya operasi kasino rimba di kawasan tersorok berjaya ditumpaskan melalui Ops Dadu di Mount Erskine, Pulau Tikus dekat sini malam kelmarin.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebelum serbuan dijalankan kira-kira pukul 8.30 malam itu, pihaknya mengepung kawasan puncak bukit berkenaan sejak pukul 3 petang.
Pihaknya berbuat demikian bagi memastikan serbuan diadakan tidak dapat dihidu oleh tujuh tonto yang mengawal di sekitar kawasan berkenaan.
“Semasa serbuan, sekumpulan kaki judi yang menjadikan kawasan rimba tersorok itu sebagai mini kasino sejak tiga hari lalu terkejut. Ketika diserbu mereka sedang leka berjudi,” ujarnya ketika dihubungi semalam.
Menurut Kong Meng, kesemua 25 kaki judi warga tempatan berusia 20-an hingga 50-an itu ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil risikan dan maklumat awam.
Ketika ditahan, tiga daripada kaki judi melarikan diri di dalam hutan tetapi berjaya dicekup semula beberapa minit kemudian setelah gagal melepasi kepungan polis.
Kasino rimba itu dibina beratapkan kanvas dan bertiang kayu serta dilengkapi meja dan kerusi serta diterangi lampu kalimantang.
Ia dipercayai mampu memuatkan kira-kira 40 kaki judi pada satu-satu masa.-KOSMO

No comments: