Followers

Editor Akhbar Tempatan Dimarahi Presien Jerman


















RUMAH yang menjadi tempat tinggal keluarga Christian Wulff di Großburgwedel 
dekat Hanover, Jerman.




BERLIN - Presiden Jerman, Christian Wulff kelmarin mengaku melakukan kesilapan serius apabila beliau memarahi editor sebuah akhbar tempatan melalui telefon kerana editor berkenaan mahu menyiarkan satu artikel mengenai pinjaman peribadi yang pernah dibuat oleh beliau.


Namun, Wulff bertegas tidak akan meletak jawatan berhubung kontroversi tersebut.
Wulff dicalonkan sebagai Presiden Jerman oleh Canselor Angela Merkel pada 2010.
Jawatan berkenaan berbentuk lambang negara dan tidak memiliki kuasa pentadbiran.
Mengulas isu berkenaan di dua saluran televisyen tempatan, ARD dan ZDF, Wulff mempertahankan diri dengan menyatakan beliau melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan tiada alasan untuk berundur sebelum penggal lima tahunnya tamat.
"Saya juga tidak melanggar mana-mana undang-undang sama ada sekarang sebagai Presiden Jerman atau sebelum ini," katanya.
Pada 13 Disember lalu, akhbar tempatan Bild melaporkan bahawa Wulff pernah menerima pinjaman peribadi berjumlah 500,000 euro (RM2.02 juta) di bawah kadar faedah semasa daripada isteri seorang ahli perniagaan Jerman yang juga rakannya.
Beliau menggunakan wang yang dipinjam pada 2008 itu untuk membeli sebuah rumah.
Ketika itu, Wulff berkhidmat sebagai gabenor negeri Lower Saxony.
Beliau dilantik Presiden Jerman beberapa bulan kemudian pada 2010.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak pendakwa raya menyatakan, mereka tidak akan menyiasat isu tersebut kerana tiada bukti terdapat unsur jenayah berhubung pinjaman yang dibuat oleh Wulff.
Namun, tindakan Wulff menyebabkan integriti beliau sebagai Presiden Jerman dipertikai oleh banyak pihak.
Menjelang Hari Krismas pada tahun lalu, Wulff memohon maaf kerana tidak mendedahkan tentang pinjaman peribadi tersebut. - Agensi-KOSMO

No comments: