Followers

Mission: Impossible Ghost Protocol kekal hebat



TOM CRUISE berlakon dalam salah satu adegan dalam filem Mission: Impossible - Ghost Protocol.


LOS ANGELES - Filem lakonan Tom Cruise, Mission: Impossible - Ghost Protocol menguasai juara carta box-office Amerika Utara buat minggu kedua berturut-turut dengan kutipan tiket dianggarkan berjumlah AS$30 juta (RM95.10 juta).


Menurut agensi pemantau kutipan tiket, Exhibitor Relations, filem aksi itu setakat ini telah memperoleh kutipan tiket berjumlah AS$133 juta (RM421.61 juta).
berada di tempat kedua ialah filem Sherlock Holmes: A Game of Shadows yang menceritakan tentang detektif dengan kutipan sebanyak AS$22.1 juta (RM70 juta) selepas tiga minggu ditayangkan.
Filem animasi Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked berada di tempat ketiga dengan kutipan tiket sebanyak AS$18.3 juta (RM58 juta).
Menduduki tangga keempat ialah filem War House arahan Steven Spielberg dengan anggaran kutipan tiket ialah AS$16.9 juta (RM53.57 juta).
Filem lakonan Dainel Craig dan Rooney Mara berjudul The Girl with the Dragon Tattoo menduduki tangga kelima dengan kutipan tiket sebanyak AS$16.3 juta (RM51.67 juta).
Berada di tangga keenam ialah filem We Bought A Zoo lakonan Matt Damon dengan kutipan tiket sebanyak AS$14.3 juta (RM45.33 juta) diikuti filem New Year's Eve yang mendapat kutipan sebanyak AS$6.7 juta (RM21.23 juta) dan The Darkest Hour berada di tangga kesembilan dengan kutipan sebanyak AS$$4.3 juta (RM13.63 juta).
Filem The Descendants lakonan George Clooney mendudukti tempat terakhir dengan kutipan sebanyak AS$3.7 juta (RM11.72 juta). - AFP-KOSMO

No comments: