Followers

Mykad Berwajah Baru


Mykad baru 2012 akan dikeluarkan oleh pihak JPN mulai 3 Januari 2012.Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat. Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini. orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.




MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku


Tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.


Kelebihan MYKAD Baru 2012






p/s:harap-harap kuliti dia betul-betul baiklah...mykad aku skrg pon ada prob...nak ambik lesen pon susah

No comments: