Followers

Berita :FIFA Haramkan Liga Super Indonesia,Safee Terperangkap



Penyerang sensai negara Safee Sali yang bermain dengan
kelab Pelita Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili s
kuad Harimau Malaya selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA)
 mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia (ISL).

Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman
 ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan
Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang
 menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat
yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke
dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk
Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain,
pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan
status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain
 di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

"Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar
 ISL,” menurut portal tersebut.

Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang
diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba
mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang
 sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan
 kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang
berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan
 tindakan penggantungan atau pengharaman.

ISL merupakan kejohanan kelab-kelab bolasepak profesional
 di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah badan induk bola
 sepak Republik tersebut, PSSI

p/s:kesian kt penyeran negara kita ni...hope dia dpt bermain utk negara kita lg..

Peluang untuk berikan nma lagu pada singgle terbaru Yuna -->Sini

No comments: