Followers

Safee ‘kunci mulut’




PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengambil sikap ‘mengunci mulut’ mengenai masa depannya bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.

Begitupun, segala-galanya akan terjawab apabila Safee, 28, dijadualkan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini.

“Saya kini sudah sampai di lapangan terbang KLIA, jadi tunggu sahaja esok (hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.
“Segala-galanya akan terjawab esok (hari ini).”


Masa depan Safee bersama kelab Pelita Jaya mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan mengharamkan saingan Liga Super Indonesia (ISL) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum dapat ditentukan, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang bimbang mengenai nasib Safee.

“SEGALA-GALANYA akan terjawab, jadi tunggu sahaja esok (hari ini).

Demikian respons ringkas penyerang sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengenai masa depannya bersama kelab Pelita Jaya yang mendapat perhatian meluas media dan pemerhati bola sepak tempatan.

Situasi itu tercetus gara-gara saingan Liga Super Indonesia (ISL) dilaporkan telah diharamkan oleh
 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Biarpun kesahihan laporan mengenai perkara itu masih belum mencapai kata putus, ia sedikit sebanyak meresahkan jutaan peminat bola sepak tempatan yang khuatir mengenai nasib Safee yang dikhabarkan tidak layak beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya benar ISL diharamkan.

Mengambil pendekatan ‘mengunci mulut’, penyerang kelahiran Kajang, Selangor berusia 28 tahun tersebut enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sambil memberitahu segala-galanya akan diperincikan dalam satu sidang akhbar khas yang akan diadakan di ibu negara pukul 1 petang ini.

“Saya kini sudah berada di lapangan terbang, jadi tunggu sahaja esok (hari ini),” katanya ringkas semasa dihubungi Kosmo! semalam.

Teka-teki mengenai masa depan Safee mula menimbulkan tanda tanya setelah sumber dari laporan portal berita akhbar Republika Indonesia kelmarin melaporkan mengenai surat pengharaman ISL yang dikeluarkan oleh FIFA kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Ariffin Husin.

Disebabkan itu, Safee dikhabarkan mahu membincangkan masa depannya bersama pihak pengurusan Pelita Jaya, selain tidak menolak kemungkinan mencuba nasib beraksi di Liga Belgium atau Liga Australia selepas ini jika isu itu gagal diselesaikan PSSI.

Ekoran itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Abdul Rahim yang dipetik daripada laporan akhbar sebelum ini pantas tampil memberikan penjelasan bahawa ISL tidak diharamkan dan karier Safee masih selamat.
Namun, pada masa sama beliau mengakui kesal laporan itu telah disalah faham dan akan mengadakan sidang akhbar khas di ibu negara hari ini berhubung perkara itu.

“ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram.

“ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana-mana kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan,” katanya dalam laporan itu.

Zakaria semasa dihubungi semalam juga mengesahkan sidang akhbar tersebut akan diadakan di Garden, The Curve pukul 1 petang. Beliau begitupun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, rentetan kemelut yang melanda ISL itu juga mendapat perhatian Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang meminta semua pihak bersabar dan tidak cepat membuat sebarang anggapan mengenai nasib Safee jika ISL diharamkan.

Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam laporan akhbar kelmarin juga mengesahkan ISL masih belum diharamkan dan akan membantu membawa keluar Safee dari Indonesia jika PSSI gagal menyelesaikan masalah tersebut, sementara Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad juga tidak mahu penyokong tempatan terpedaya dengan khabar angin sedemikian.-KOSMO

Klik sini untuk buat duit dgn facebook..daftar jer...n jd mcm saya--->SINI

No comments: