Followers

Bipasha berazam belajar cara berbohong


BIPASHA BASU (kanan) dan Sonam Kapoor bergambar di depan poster filem Players di Bangalore pada Selasa lalu.

MUMBAI - Aktres filem Bollywood, Bipasha Basu kelmarin menyatakan dia mahu mempelajar seni berbohong sebagai azam Tahun Baharu 2012.
Menurutnya, dia mahu berbohong bagi membantunya keluar daripada situasi yang sukarnya untuk menjawab pertanyaan para wartawan.
Dia membuat kenyataan itu semasa menghadiri sidang media berhubung filem lakonannya yang akan ditayangkan berjudul Players baru-baru ini.
Filem itu diarahkan oleh Abbas dan Mustan Burmawalla dan ia dihasilkan berdasarkan filem The Italian Jobs keluaran Hollywood yang ditayangkan pada 2003.
Players turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Bobby Deol, Sonam Kapoor, Neil Nitin Mukesh dan Sikander Kher.


Filem itu akan ditayangkan pada 6 Januari depan.
Lokasi penggambaran filem itu melibatkan tiga buah negara iaitu India, New Zealand dan Rusia. Ia merupakan antara filem yang melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Para pelakon filem itu dikatakan menjalani latihan fizikl bagi memenuhi watak yang dilakonkan mereka.
Ketika ditanya mengenai filem itu, Bipasha berkata, penggambaran di kawasan di Rusia merupakan suasana yang paling teruja buat dirinya.
Menurutnya, para pelakon dan kru menjalani penggambaran pada suhu - 30 darjah Celsius di kawasan itu.
Dia berkata, Players merupakan filem istimewa buat dirinya dan dia melakonkan watak sebagai seorang pakar kenderaan. - Agensi

No comments: