Followers

Mati bergaduh urus niaga dadah



MAYAT seorang remaja Myanmar ditemui di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Perbalahan sekumpulan lima lelaki Myanmar mengenai urus niaga dadah jenis ganja berakhir dengan tragedi apabila salah seorangnya mati ditikam di perut dalam kejadian di kawasan Pasar Borong Selayang di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu menyebabkan Omar Yunus, 19, mati ketika dirawat di Hospital Selayang manakala seorang lagi rakannya yang berusia 30 tahun kritikal akibat terkena tikaman di rusuk kanan dalam pergaduhan tersebut.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila lima lelaki terbabit bertikam lidah akibat tidak berpuas hati mengenai urus niaga dadah di antara mereka.-KOSMO

Klik sini untuk mengundi warna kereta terbaru,pink atau selain pink-->SINI

No comments: