Followers

Punca Pc Slow Walaupun Internet Laju



Saya seorang pengguna Internet jalur lebar yang mempunyai kelajuan capaian internet bagi muat turun sebanyak 10 GB dan muat naik sebanyak 3 megabit sesaat (Mbps).

Bagi saya, ia sudah laju untuk membuka laman web yang ringan.

Masalahnya, saya sukar untuk buka laman facebook dan membuat capaian video di Internet sejak akhir-akhir ini.

Kadang kala ia membuatkan komputer peribadi (PC) saya bermasalah.

Adakah ini berpunca daripada masalah PC atau Internet jalur lebar saya?

Sebelum ini jalur lebar saya berupaya sehingga 5 GB untuk muat turun dan 1.5 Mbps untuk muatan naik tetapi masih boleh melihat video.

-Aku komplot, PJ


Berdasarkan kepada situasi yang diberikan saya berpendapat capaian Internet anda menjadi perlahan disebabkan oleh masalah keupayaan komputer yang digunakan.

Ini kerana, capaian Internet pada masa sebelum ini tiada masalah dan komputer tersebut juga menjadi perlahan untuk beroperasi.

Di sini saya cadangkan beberapa tindakan yang boleh dibuat untuk baik pulih sesebuah sistem komputer.

1. Pastikan membuat kemas kini bagi segala aplikasi komputer yang digunakan terutama sekali Windows dan perisian anti-virus.

2. Membuat pengimbasan virus dan malware dengan menggunakan perisian anti-virus yang sudah dikemas kini.

Ini kerana masalah virus dan malware ini menyebabkan berlakunya simptom komputer menjadi perlahan.

3. Membuat penyelenggaraan kepada sistem komputer Windows anda agar segala sumber-sumbernya digunakan dengan baik dan cekap.

Lakukan aktiviti-aktiviti seperti scan disk, disk defragmenter, disk clean up dan lain-lain.

Kebanyakan program-program ini boleh dicapai di Start > Programs > Accessories > System Tools. Sila rujuk ruangan Sembang ICT yang lepas untuk penjelasan yang lebih mendalam.

4. Sila pastikan tiada aplikasi komputer yang tidak diperlukan beroperasi di belakang sistem Windows.

Ini boleh dikenalpasti menerusi program Task Manager dan Startup.

Sila konfigur agar aplikasi-aplikasi komputer ini tidak akan beroperasi secara automatik apabila Windows dibuka.

5. Sekiranya masih berlaku masalah komputer beroperasi dengan perlahan.

Sila buat semakan terhadap perkakasan komputer tersebut seperti cakera keras, memori, bekalan kuasa, unit pemprosesan pusat (CPU) dan sebagainya agar semuanya berada dalam keadaan baik.

Sila semak ruangan Sembang ICT yang lepas untuk penjelasan yang lebih terperinci.

6. Bagi melancarkan lagi capaian Internet, gunakanlah pelayar web atau browser pada versi yang terkini dan telah dikemas kini.

Hindarkan daripada memasang program-program tambahan yang tidak perlu kepada pelayar web tersebut.

Ini akan membuatkan pelayar web tersebut memerlukan proses yang lebih banyak dan berat.

Sentiasa mengosongkan ruangan cache pada pelayar web yang digunakan.

Akhir kata, apa kapasiti kelajuan internet yang dilanggan itulah sepatutnya yang diperolehi.

Namun begitu, sekiranya konfigurasi tidak dilakukan dengan betul terhadap akaun internet dan peralatan-peralatan untuk capaian internet, capaian internet juga akan menjadi perlahan.

Bagi capaian internet jalur lebar tanpa wayar, ia mempunyai masalah capaian yang disebabkan oleh masalah alam semula jadi, lokasi penyambungan, bilangan pengguna untuk sesuatu perkhidmatan dan lain-lain.

Nyanyi Bersama Yuna-->SINI

No comments: