Followers

Apple iPad 3 / iPad HD Bakal Dilancar

Pelancaran iPad 3 / iPad HD

Apple iPad 2 kini telah berada di pasaran selama setahun, kini masanya untuk  iPad 3 (atau kemungkinan besar, iPad HD) untuk masuk ke pasaran!
Pada pelancaran iPad 3 yang akan diadakan hari ini di San Francisco, Amerika Syarikat (AS), Apple membayangkan bahawa ia ‘sesuatu yang perlu anda lihat dan sentuh’.
Walaupun dilancarkan hari ini, tarikh ia akan mula dijual ke seluruh dunia belum diumumkan.
Laman berita Apple, iMore menyatakan bahawa majlis pelancaran akan diadakan pada hari ini (7 Mac tarikh di AS).
Pada 27 Febuari lalu, terdapat laporan yang mengatakan bahawa iPad 3 akan dihantar ke Amerika Syarikat dari Foxconn di China dan dijangka tiba bada 9 Mac.
iPad terbaru itu mungkin akan dikenali sebagai iPad HD jika data dari pengilang yang bocor sebelum ini terbukti adalah benar.
Spekulasi berkaitan nama (sama ada iPad3 atau iPad HD) timbul apabila senarai aksesori iPad daripada pembekal, Griffin and Belkin, yang mendapat maklumat tersebut seminggu atau dua minggu sebelum ia diumumkan bocor kepada umum.
Walaupun tiada maklumat yang boleh mengesahkan bahawa ia mungkin akan digelar sebagai iPad HD, terdapat maklumat yang mengatakan bahawa resolusi tablet itu mencapai 2048 x 1536.

No comments: