Followers

Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri

Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri
SHAH ALAM – Bekas pengacara rancangan Trek Selebriti terbitan stesen Astro, Jimmy Shanley Nor Jahan Saleh, 31, mengaku menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25 ketika mereka berbulan madu di Pulau Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Jimmy mengaku dia melakukan tindakan itu di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Isnin lalu kerana berlaku sedikit perselisihan faham antara dia dan isterinya berikutan Nursuhaila leka melayan kawan-kawannya di laman sosial Facebook walaupun sudah pukul 1 pagi.
Jimmy turut menyatakan perasaan kesalnya kerana Nursuhaila ingkar dengan permintaannya untuk tidur bersama setelah tiba di destinasi percutiaan itu.
“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu,” kata Jimmy yang dipetik dari blog Rotikaya.com.
Selepas berlaku insiden itu, Jimmy mendakwa Nursuhaila terus mendaftar keluar dari bilik mereka dan bertindak pergi ke Bangkok seorang diri tanpa izin dari Jimmy.
Ekoran tidak dapat berhubung dengan isterinya, Jimmy hanya dapat mengikuti perkembangan Nursuhaila melalui laman sosial Facebook dan percutian bulan madu mereka terpaksa dipendekkan.
Dalam Facebook milik Nursuhaila, Jimmy berkata, isterinya itu masih lagi berhubung dengan kawan-kawannya walaupun berada jauh dari Malaysia dan Nursuhaila bertindak menulis status yang membolehkan Jimmy tahu pergerakan isterinya.
“Aku mai la sapa pun, Diana Mariana tetap di hati. Ok la. Aku nak keluar enjoy jap. Enjoy untuk hilangkan tension.”
Selain itu, Jimmy turut mengaku yang dia pernah juga menampar Nursuhaila tiga hari selepas mereka bernikah akibat dari pergaduhan kecil yang timbul dua tahun lalu.
Nursuhaila yang mendengar keterangan dari Jimmy hanya angguk dan mengiyakan kata-kata dari Jimmy.
Dalam perkembangan lain, Jimmy tidak akan sekali-kali mengalah dalam memperbaiki hubungan rumah tangga bersama dengan Nursuhaila demi anak perempuan mereka, Zahrah Shanley.
Artis negara itu juga turut mengaku masih mencintai isterinya dan tidak kisah sekiranya turun naik mahkamah berkali-kali demi memikirkan kasih untuk anak perempuannya.
Jimmy bernikah dengan Nursuhaila pada 1 Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 sempena dengan tarikh kelahiran Nursuhaila pada 31 Januari 1986.
Namun, pasangan itu mula tinggal berasingan semenjak 21 Oktober, tiga minggu selepas mereka diijab kabulkan.
Jimmy bertindak memfailkan permohonan kembali taat terhadap Nursuhaila pada 31 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari tahun lalu.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments: