Followers

Owen Wilson Enggan Bergambar Dengan Fahrin Ahmad


Owen Wilson Enggan Bergambar Dengan Fahrin...Rilekslah Bro...
Kehadiran bintang filem Hollywood yang terkenal dengan watak komedinya, Owen Wilson dalam majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 malam tadi memang mencuri perhatian ramai.
Antara yang teruja bertemu dengan artis tersebut di Hotel Mandarin Oriental itu termasuklah abang Fahrin Ahmad kita.
Dailly Chilli melaporkan, Fahrin kemudiannya menemui Wilson di belakang pentas.
Bagaimanapun permintaan Fahrin untuk bergambar dengannya ditolak mentah-mentah oleh pelakon Hollywood itu.
Insiden memalukan itu berlaku sebaik saja Owen beramah mesra dengan sejumlah rakan media di kawasan yang dikhaskan.
Mungkin dia terlalu kepenatan setelah menempuh tempoh perjalanan yang panjang dari Los Angeles, agaknyalah kan.
Tetapi Fahrin, seperti biasa, dengan gaya ‘gentlemen’, berkata;
” Saya rasa bangga kerana berada di sini dan bertemu dengan bintang Hollywood, mungkin lepas ini lebih banyak peluang untuk saya berbuat demikian “
Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 dibuat semalam sebagai usaha untuk mengumpul dana bagi Yayasan Aids Malaysia dan Projek Kemiskinan Global sempena Grand Prix Petronas Malaysia yang sedang berlangsung. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

1 comment:

Chenta Eyfa Najibrz said...

wahhh cool la abg Fahrin