
Elok lah tue..guna duit sendiri utk majlis kahwin kalau mampu rasanya lebih puas hati.
Scha dan Awal memang loving couple,happy dan ceria bersama..tak sabar nak tengok mereka kahwin..
Awal tak mahu Wedding of The Year?“Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,” ujar Awal bersungguh-sungguh.
Dalam masa yang sama, Awal juga memberitahu dia dan Scha kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis bersejarah itu.
“Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya.
Kalau boleh, kami tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Biarlah berpada-pada. Saya tidak mahu kerana mengejar penajaan, majlis pernikahan dan resepsi kami tidak seperti yang diimpikan. Kalau kami ini tidak kisah, memang kami bolot semua penajaan yang datang,” ujar Awal yang tidak mahu masyakarat melabel perkahwinannya sebagai Wedding Of The Year.
“Saya dan Scha tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Sebaliknya, kami hanya mahukan sebuah majlis yang biasa untuk kami berkongsi saat-saat indah bersama peminat dan juga pihak media yang banyak memberi sokongan,” ujar Awal.












-mysensasi
1 comment:
wow shanteeqqq ar scha
Post a Comment