Followers

Jozan Nafi Minta RM50,000 Untuk 1 Jam Persembahan

Jozan Nafi Minta RM50,000 Untuk Satu Jam Persembahan
KUALA LUMPUR – Pengurus kepada pelakon komedi terkenal Johan Rajalawak, Ozlyn Wati menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan yang mengatakan kononnya kumpulan Jozan meminta bayaran sebanyak RM50,000 untuk persembahan selama satu jam.
Ozlyn Wati yang juga merupakan isteri Johan itu menyatakan bahawa dia terkejut dengan tohmahan tersebut dan menjangkakan ia berpunca dari pihak yang mungkin tidak berpuas hati dengan sebut harga yang ditetapkan sebelum ini.
“Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran,” katanya yang dipetik dari laman web berita Mstar di sini hari ini.
Menjelaskan mengenari bayaran persembahan untuk Jozan, Ozlyn menjelaskan bahawa kumpulan Jozan tidak pernah meletakkan harga yang melampau dan sangat fleksibel untuk berunding atau bertolak ansur mengenainya dengan mana-mana pihak penganjur yang berminat.
“Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.
“Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur,” katanya lagi.
Selain itu, Ozlyn turut memaklumkan bahawa pihaknya kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran yang difikirkan terlalu rendah buat Jozan, namun mencadangkan agar rezeki tersebut diberikan kepada pelakon komedi lain yang kurang menerima undangan mengadakan persembahan.
“Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.
“Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan,” ujarnya.
Mengenai perkembangan yang mengaitkan Jozan dengan kontroversi yang melanda kumpulan komedi popular itu, Ozlyn dan Johan sepakat untuk sekadar mendiamkan diri dari terus melenting atau melayan kerenah gosip-gosip yang kurang enak didengar itu.
“Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu,” jelasnya lagi.
Diva industri hiburan tahahair, Ogy Ahmad Daud baru-baru ini menarik balik niat mengambil tindakan saman terhadap Johan ekoran dikatakan ‘terlalu celupar’ dan mempersendakan ibubapanya, seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah pada Festival Filem Malaysia ke-24 yang lalu. –Mynewshub.my

No comments: