Followers

“Namewee Lynas” Cara Generasi Lepas Geram?

“Namewee F*ck Lynas” Cara Generasi Kini Lepas Geram?
Bagi menyuarakan bantahan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan, pengarah dan pelakon kontroversi, Namewee sanggup mencipta sebuah video klip nyanyian memaki hamun syarikat berkenaan.
Video klip yang dimuat naik ke laman Youtube ituyang berlatar belakangkan demontrasi Hijau 2.0 dan kilang Lynas yang sedang dala pembinaan itu, Namewee mencarut sambil menari-nari bersama rakannya yang seolah-olah sedang ‘meliwat’ seekor patung kanggaroo.
Patung kanggaroo tersebut dipercayai sebagai simbolik kepada negara asal syarikat tersebut, Australia.
Rakaman yang berdurasi 3.41 minit itu bertajuk ‘Namewee F*ck Lynas’ dinyanyikan di dalam bahasa Inggeris yang diselang seli dengan hinaan lucah dan menghalau syarikat dari Australia itu untuk kembali ke negara mereka.
Menariknya di dalam lagu tersebut, Namewee sendiri mengaku bahawa dia tidak tahu apakah yang dikatakan sebagai ‘nadir bumi’ yang dibantahnya itu.
Kilang pemprosesan nadir bumi itu disahkan selamat oleh Jawatankuasa Perlesesan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Malaysia (AELB) dan mendapat kerjasama pemantaua penuh dari Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Fakta menjelaskan bahawa bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan “Tin Mining Tailings” yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas dan ia adalah 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.
Mungkinkah itu cara Namewee untuk meluahkan bantahannya terhadap sesuatu yang tidak difahaminya secara terperinci?
Dan mungkinkah mencarut, memaki hamun dan menggunakan kata-kata lucah sebegitu merupakan lambang dan trend generasi muda di zaman ini berfikir dan melontarkan pendapat?
Antara lirik ‘menarik’ yang dinyanyikan Namewee adalah seperti berikut;
There’s some kanggaroo fucker wan to come here for long stay,
I dunno what the f*ck is the rear earth (nadir bumi),
I also dunno who the f*ck is this “Lynas”,
I only know this is my home! I won’t let it get hurt!
F*ck off from my turf! Or I’ll cut off your kukubird,
You say no problem? Then why come to our country?
U think we will stay silent? U dono Namewee!
Dan berikut pula adalah video clip ciptaannya sebagaimana yang dimaksudkan:

- Mynewshub.my

No comments: