Followers

Kim Kardashian Mengamuk Digelar Bodoh

Kim Kardashian Mengamuk Digelar Bodoh 
Los Angeles -Bintang realiti televisyen, Kim Kardashian mengamuk sakan selepas digelar bodoh oleh aktor Jon Hamm dalam temubualnya dengan Elle UK baru-baru ini.
Kardashian dalam twitternya berkata dia percaya semua orang mempunyai hak untuk bersuara namun tidak semua orang mempunyai laluan hidup yang sama.
Menurutnya, seseorang itu telah bekerja keras setiap individu perlu hormat menghormati antara satu sama lain.
“Dengan menggelar seseorang yang menjalankan perniagaan sendiri, berjaya dalam program TV, penerbit, penulis dan pereka sebagai `bodoh’ merupakan sesuatu yang menyinggung perasaan,” katanya.
Selain Kardashian, selebriti Paris Hilton turut digambarkan sebagai bodoh.
Dalam temuramah berkenaan, Hamm telah menjadikan Kardashian dan Hilton sebagai contoh selebriti bodoh yang diraikan di Amerika Syarikat.
“Anda memberikan anugerah berdasarkan kebolehan. Ia sesuatu yang tidak masuk akal apabila golongan ini diraikan,” katanya.

-mynewshub

No comments: