Followers

Azean Irdawaty Minta Solat Hajat Di Masjid

Azean Irdawaty Minta Solat Hajat Di Masjid 
KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Azean Irdawaty yang kini sedang menderita penyakit barah membuat satu permintaan agar ada pihak yang sudi mengadakan solat hajat di masjid bagi memohon agar Allah meringankan penyakitnya baru-baru ini.
Menurut Azean dia menyuarakan permintaannya itu sempena sambutan hari lahirnya yang ke-62 tempoh hari kepada rakan-rakan seperjuangan yang mana ‘hadiah’ itu tidak pernah dinyatakan setiap kali dia menyambut ulang tahun kelahirannya setiap tahun.
“Assalamualaikum, hari ini umur saya 62 tahun. Syukur alhamdulillah. Nak minta ‘present’ (hadiah). Boleh tak nak minta tolong awak kumpulkan kawan-kawan buat solat hajat mintak saya sembuh? Sakit tulang belakang saya makin bertambah.
“Kaki-kaki kebas balik, panas membara macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah Kak Yan,” katanya yang membahasakan dirinya Kak Yan dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan artis yang juga pelakon Lydiawaty minggu lalu.
Azean kini dikatakan sedang berikhtiar pelbagai cara bagi mengubati penyakit barah yang dihidapinya dengan mengamalkan perubatan moden dan tradisional agar sedikit sebanyak dapat mengurangkan penderitaan penyakitnya itu.

-MYNEWSHUB

No comments: