Followers

Rumah Penyanyi Adele Berhantu

Rumah Penyanyi Adele Berhantu

London – Penyanyi Adele enggan menetap sendirian di rumah yang baru disewanya di Sussex dengan alasan ia berhantu dan sering mendengar pelbagai bunyi pelik.
Jelas Adele, dia sering mendengar bunyi orang berlari di hadapan pintu depan rumah yang bernilai  £7 juta itu  .
Berikutan itu, Adele telah mengupah seorang pemandu wanita yang bertindak sebagai pengawal peribadinya bagi menemaninya di rumah berkenaan sepanjang masa.
Wanita berkenaan dilaporkan dibayar gaji oleh Adele sebanyak £100,000 setahun bukan sahaja untuk menemaninya di rumah malah ke mana-mana sahaja beliau pergi.
Penyanyi yang merangkul enam anugerah Grammys itu turut mengupah dua lagi pengawal keselamatan sepenuh masa di banglonya itu.
Banglo tersebut yang mempunyai dua kolam renang, pernah menjadi gereja persendirian.
Dalam pada itu, seorang rakannya memaklumkan, sebelum ini Adele begitu gembira kerana dapat menyewa banglo berkenaan, namun ia bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan baginya.
“Adela tahu banglo itu berhantu dan mengetahui sejarahnya. Ia merupakan sebuah rumah yang amat besar, namun pada malamnya, ia bertukar menjadi sesuatu yang menggerunkan,” katanya.
-mynewshub

No comments: