Followers

Jimmy Lempang Isteri Elakkan Derhaka Neraka



SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

ISTERI JIMMY SHANLEY SUKA BERJUDI DAN MEROKOK
Mungkin ramai yang ingin tahu apa sebenarnya masalah antara Jimmy dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sehingga menyebabkan rumahtangga yang mereka bina baru setahun jagung sudah mula goyah.
Hari ini kami berikan jawapannya kepada anda dimana puncanya adalah disebabkan sikap isteri Jimmy yang yang suka berjudi dan merokok. Kenyataan ini bukan kami sesaja reka, tapi ianya kenyataan yang keluar dari mulut Jimmy sendiri ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakilinya dalam perbicaraan permohonan perintah kembali taat dan nusyuz yang difailkan pada Januari lalu.
Menurut Jimmy lagi, disebabkan keengganan Nursuhaila meninggalkan tabiat itu menyebabkan Nursuhaila tidak mahu tinggal bersamanya dan masa mereka untuk bersama sebagai suami isteri semakin terhad.
Seperti kata Jimmy:-
“Dia bukan sahaja berjudi menggunakan daun terup, tetapi turut berjudi menerusi Internet ketika di rumah mertua.
“Isteri enggan tinggal bersama saya kerana sukar hendak meninggalkan aktivitinya itu disebabkan di rumah saya tidak ada internet”
Sedikit imbasan, Jimmy menfailkan permohonan untuk kembali taat pada 3 Januari 2011, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011. Ianya dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober 2010.(zonartis)


Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/jimmy-lempang-isteri-elakkan-derhaka.html#ixzz1oK5WFjux

No comments: