Followers

Harith Teruja Sudah 3 Hari Jadi Bapa

Harith Teruja Sudah 3 Hari Jadi Bapa
KUALA LUMPUR – Pelakon komedi terkenal, Harith Iskander, kini bergelar bapa apabila isterinya, Jezamine Lim Iskander, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 Mac baru-baru ini.
Harith yang sebelum ini begitu teruja untuk menjadi seorang ayah memaklumkan di laman sosial Twitter miliknya mengenai kelahiran bayi seberat 3.89 kilogram itu sejak melangsungkan perkahwinan pada Julai 2010.
“My wife Dr Jezamine Lim n me received our 3.89kg baby Zander Xayne Iskander into the world on Mar 8th. Saja nak inform. :-),” kata Harith semalam.
Pelakon komedi yang berada di kelas yang tersendiri itu juga turut berkongsi dengan peminat mengenai nama anak sulungnya itu yang diberi nama agak unik – Zander Xayne Iskander.
“Kpd mrk yg nk tahu Zander Xayne (Zain) Iskander is a big handsome Dragon Pieces BOY,” katanya yang baru menjadi ayah selama tiga hari itu.
Bagaimanapun Harith mungkin belum lagi bersedia untuk menyiarkan gambar Zander Xayne yang dipercayai sangat comel sama ada di laman Facebook atau Twitter untuk tatapan para peminatnya.
Harith sebelum ini meminta maaf kepada para peminat ekoran menyiarkan gambar aksi menayang perut isterinya ketika sedang sarat mengandung dan menjelaskan bahawa dia berbuat demikian atas dorongan perasaan teruja menanti hari bergelar bapa.
Harith dan isteri yang mengaku kerap menghabiskan masa membeli belah barang keperluan bayi dan ibu bersalin dijangka tidak menghadapi sebarang kesulitan menerima orang baru memandangkan telah membuat persediaan yang lebih awal.
Mynewshub.my ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Harith dan isteri atas kelahiran Zander Xayne yang bakal menyinari hidup mereka. – Mynewshub.my

No comments: